Khamis, 16 April 2015

Cerita Komponen MTB



         Semasa saya mengajar berkaitan MTB baru-baru ni ada peserta kursus yang meminta saya membuat tajuk berkaitan nama-nama komponen dan peralatan MTB. Pada mulanya  saya beranggapan yang tajuk ni terlalu biasa dan saya beranggapan semua penunggang basikal telah pun tahu berkaitan nama-nama komponen....tetapi rupa-rupanya saya silap kerana ramai penunggang yang masih belum tahu berkaitan komponen-komponen basikal ini.

       Mereka juga meminta saya menulis di blog ini sebagai rujukan dan juga untuk pengetahuan kepada mereka yang baru hendak menceburi dunia MTB. Sebenarnya jika bercerita berkenaan komponen ini memerlukan sedikit penyelidikan, tak boleh main redah aja. Oleh yang demikian saya merujuk kepada orang yang lebih pakar iaitu En Mohd Hafiz bin Abdullah. Beliau juga salah seorang jurulatih MTB dan biasanya beliau akan memberi penerangan berkaitan komponen dan peralatan juga aksesori MTB. Pengetahuan beliau dalam komponen MTB sangat luas dan setakad ini belum ada soalan berkaitan komponen MTB yang tidak dapat beliau jawab.Segala maklumat yang akan saya paparkan di sini adalah atas sumbangan beliau.

     Dalam sebuah basikal terdapat berpuluh-puluh komponen yang mana setiap satunya mempunyai kepentingannya sendiri. Kadang-kadang sukar juga untuk kita menghafal setiap nama komponen tersebut tetapi lama kelamaan kita boleh kenal dan hafal setiap bahagian dan kita juga akan tahu fungsi bahagian tersebut. Kenalnya kita kepada komponen tersebut akan memudahkan untuk kita mengesan kerosakan pada basikal kita.


FRAME.
Bahagian pertama  yang perlu kita kenal ialah Frame atau bingkai. ianya merupakan kerangka utama untuk menyokong semua komponen basikal.




Frame biasanya dibuat daripada:
a. Steel/besi.
b. Alloy
c. Aluminium.
d. Titanium
e. Carbon fiber




SAIZ
FRAME (inch)
XS
14 – 15
S
16 – 17
M
18 – 19
L
20 – 21
XL
22 – 23



FORK.
 Adalah untuk menempatkan roda hadapan dan bersambung dengan handle. Ada dua jenis fork iaitu yang mempunyai suspension dan rigit(kaku). Biasanya MTB mempunyai suspension sementara basikal jalanan atau road bike adalah jenis rigit. Suspension fork ada yang menggunakan spring dan ada yang nenggunakan angin. Selain jenis suspension dan rigit fork ada lagi satu jenis fork iaitu lefty, fork jenis ini hanyalah sebelah sahaja.









HANDLE BAR.
 Handle bar berfungsi sebagai satu komponen untuk mengawal basikal. Di handle bar ini juga sebagi kokpit untuk menempatkan shifter, brek, meter, lampu dan lain-lain aksesori.









STEM DAN HEADSET.
 Stem adalah untuk menyambungkan handle bar kepada steering tube di head set. Sementara headset pula supaya handle dapat di pusingkan ke kiri dan ke kanan.










SEATPOST.
Untuk diletakkan saddle atau pun tempat duduk pada frame. Terdapat banyak ukuran saiz dimeter batang seatpost ini tetapi saiz diameter yang popular ialah berukuran 27.2mm, 30.9mm dan 31.6mm. Seatpost terdapat pelbagai bentuk dan ada yang mempunyai kawalan untuk dilaras tinggi atau rendah seperti gambarajah di bawah:-


SADDLE.
Saddle ataupun tempat duduk dipasang pada seatpost. Saddle ini juga terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang menggunakan sponge, ada yang menggunakan jell dan ada yang tidak menggunakan apa-apa selain plastic sahaja. Saddle ini perlu dilaras mengikut kesesuaian seseorang penunggang. Penunggang lelaki dan wanita mempunyai saiz saddle yang berbeza dimana saddle wanita biasanya sedikit besar berbanding saddle lelaki kerana kedudukan tulang punggung yang berbeza antara lelaki dan wanita.








WHEELSET.
Wheelset terdiri dari rim, hub, spoke dan quick release. Rim wheelset yang digunakan oleh MTB ialah diameter 26 inci dan 29 inci, yang terbaru sekarang ada bersaiz 27.5 inci. Setiap saiz ada kelebihan dan kekurangannya oleh yang demikian kaji dahulu keperluan kepada penunggang.








TAYAR.
Tayar dipasang pada wheelset dan terdapat pelbagai bentuk dan kegunaan. Bentuk bunga tayar akan mempengaruhi aktiviti kayuhan yang dilakukan. Tayar yang tiada bunga dipanggil slick tyre dan yang mempunyai bunga yang besar adalah off-road tyre. Pemilihan tayar yang sesuai sangat penting untuk mendapat prestasi kelajuan dan kawalan yang lebih baik.









GROUPSET.
Group set merupakan komponen yang paling mahal dalam sesebuah basikal. Group set terdiri daripada crankset, cassette, shifter, rantai, derailleur depan dan belakang serta brake set.






Crank Set – merupakan alatan untuk memacu sesebuah basikal. Pada set ini terdapat crank arm, Pedal, Chainring dan Bottom Bracket(BB). Chainring adalah untuk menempatkan rantai terdapat 3 jenis chainring iaitu Single Chainring, Double Chainring dan Triple Chainring. Pedal yang dipasang pada crank arm terdapat 3 jenis iaitu jenis platform, toe clip dan clipless.






Cassette – adalah gabungan gegigi yang terpasang pada roda belakang. Ia disambungkan dengan Chainring dengan rantai. Gabungan gegigi ini terdapat dalam beberapa tingkat iaitu 8, 9, 10 dan 11 speed.




Rantai – sebagai pengantara atau sebagai menghantar kuasa dari crankset kepada cassette. Ada jenis rantai yang tiada penyambung ataupun mati. Bagi jenis ini rantai perlu di potong kiranya hendak di tanggalkan tetapi kebanyakan rantai sekarang mempunyai penyambung atau dikenali sebagai Master Link ataupun Power Link.







Derailleur – satu alat untuk menukar kedudukan rantai pada chainring dan juga cassette. Shifter yang terletak pada handle digunakan untuk menukar kedudukan rantai untuk mendapatkan kombinasi yang diperlukan.












 Brake – kita semua tahu brake digunakan untuk memperlahankan atau memberhentikan basikal. Brake yang biasa digunakan terdapat tiga jenis iaitu jenis V, mekanikal dan jenis hydraulic. Disk yang terletak pada roda dipanggil sebagai rotor dan caliper menempat pad. Lever brake hadapan diletakkan disebelah kiri sementara brake belakang di tempatkan di sebelah kanan. Brake jenis hydarulik adalah lebih sesuai kerana lebih cekap, ringan tidak memerlukan tenaga yg banyak untuk membrek.





Jenama groupset yang biasa digunakan pada basikal di monopoli oleh 2 syarikat iatu Shimano dan juga SRAM. Hanya 2 syarikat ini bersaing dalam mengeluarkan groupset untuk semua peringkat.













 Semuga penerangan ringkas ini dapat membantu kepada semua penunggang basikal mengenal komponen dan peralatan yang terdapat pada sebuah basikal.

Kalau dah kenal jom la kita kayuh.....lalalalala......
















24 ulasan:

  1. Terima kasih artikal ini baru lah tau nama2 komponen basikal

    BalasPadam
  2. Terima kasih artikal ini baru lah tau nama2 komponen basikal

    BalasPadam
  3. saya share dalam group basikal..tq

    BalasPadam
  4. kalau beli brg2 group set tu asing2..adakah komfom boleh digunakan pada mana2 basikal pon..atau setiap basikal lain rekabentuknya..jd kna pilih yg sesuai dgnnya...mohon tunjuk ajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kalau basikal yang berjenama dan barangan yg berjenama tiada masalah. Tapi saya akan rujuk pada yg pakar......tunggu ya

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Terbaikk.. Baru ku tahuu.. Hehe.. Tq boss

    BalasPadam
  7. Tuan...mcm mana nak tahu rantai kita rosak...selepas saya letak minyak, ada bunyi keluar bila saya kayuh dlm keadaan tekanan contoh jalan mendatar naik bukit sikit, bila naik bukit atau nak sprint...tapi bila time guna gear yg lembut bunyi kat rantai tak de..
    017 625 5583

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kita boleh lihat secara visual kiranya rantai kita ada kesan retak tapi kalau tiada kesan kita boleh ukur rantai basikal kita dengan alat bike chain wear indicator(cuba google alat tu). Di youtube pun ada cara nak gunakan alat tu. Kalau nak citer panjang sangat.

      Padam
  8. Baru tadi tukar rantai...menyesal pun ada pandai pandai gi kedai tak jumpa otai otai...mereka kata bunyi tue dtg dari BB...esok nak gi suruh kedai tengokkan BB tue lah...atau pun suruh buat service sekali...

    BalasPadam
  9. takut crank bro..sy dlu kes mcm ni.cri pnya cri rupanya crank sy..ade gelong je sikit.mmg xnpk.tpi kalau tgk btul2 teliti mmg perasan.

    BalasPadam
  10. Fork depan saya jenis angin boleh repair tak? Ada yg cakap tak boleh repair dah.. Kalau boleh mcm mn

    BalasPadam
  11. admin...soalan sy..skrg sy guna vbrake shimano xtr(mtb 26 old school),berbaloi x sy tukar kpd disc brake?dan wheel set sy mavic ada 2set (France dan taiwan) buatan mana yg lebih baik?

    BalasPadam
  12. admin..soalan sy..skrg sy guna v brake (brakeset shimano xtr),berbaloi x sy tukar kpd disc brake?rim mavic26 buatan France @ taiwan manakah yg lebih kualiti?

    BalasPadam
  13. Hi admin,macamana kita nak tahu saiz cassette yang ada di mtb,sbb Jika nak beli di online kita kena tahu saiz baru boleh beli,takut Salah saiz.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tlg jawab kan... cassette utk shimano paling kecik 11t , paling besar x silap 52t , skang en pakai berapa speed? jika banyak masuk jamboree/offroad yg hard, sy prefer pakai 11t - 42t ke atas, kalau byk road , batter max 36t sahaja.. chainring pakai single/double ?

      Padam
  14. Kalau rantai untuk 9speed, boleh masuk kt 7speed tk?

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. aslm bang nk tny boleh ka handle mtb jdi handlebar curve

    BalasPadam