Aku dan basikal belum begitu lama, baru kira-kira
3 tahun aku mengenali basikal. Sebelum ini tak terlintas difikiran untuk
memiliki basikal terutama mountain bike/MTB. Apalagi umur yang telah
meningkat dan telah dikategorikan sebagai veteran.
Sebelumnya aku lebih suka bermain motor besar yang aku rasa lebih mencabar.
Kadang-kadang kemampuan kita untuk makan apa saja yang kita mahu telah
membuatkan berat badan bertambah dengan begitu besar. Apalagi apabila umur
telah mencapai lebih dari 40 tahun telah menampakkan kenaikan berat badan yang
ketara.
Pada satu masa aku telah mengalami kemalangan dimana kaki sebelah kanan patah
dan perlu dilakukan pembedahan untuk memasukkan besi. Bila berada di hospital
dan hanya boleh berbaring di katil telah memberi motivasi kepada aku untuk
nekad berhenti dari merokok. Mungkin ada juga kebaikannya aku mengalami
kemalangan kerana aku berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah.........bagi aku
sesiapa saja yang berupaya berhenti dari merokok adalah seorang yang kuat
semangat. Bukan mudah untuk berhenti merokok. Ramai yang telah mencuba untuk berhenti merokok
tetapi tak ramai yang berjaya.
Walaupun aku berjaya untuk berhenti merokok ada pula tabiat lain yang tidak
begitu baik iaitu tidak dapat mengawal pemakanan. Bagi seorang bekas perokok
biasanya akan cuba mencari alternetif lain untuk menghilangkan gian merokok
iaitu dengan cara makan dan aku juga tiada langsung aktiviti sukan untuk
mengimbangi cara pemakanan aku. Hasilnya berat badan bertambah dengan ketara,
sehingga mencapai lebih 10 kg dari berat biasa. Apabila pemeriksaan kesihatan
dilakukan ternyata kandungan kolestrol dalam darah adalah tinggi dan ada
tanda-tanda penyakit darah tinggi.Jika berjumpa sesiapa sahaja mereka akan
mengatakan pasal susuk tubuh aku yang mula mengempal. Banyak seluar yang mula
tidak muat untuk dipakai. Semua ini betul-betul merungsingkan aku.
Akhirnya aku mengambil keputusan bahawa sesuatu mesti dilakukan untuk
memperbaiki diri sebelum menjadi lebih parah. Aku nekad pergi kehospital untuk
untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkala dan perlu melakukan senaman
demi kesihatan. Aku mula melakukan aktiviti bersukan dan berjogging setiap hari
untuk menurunkan berat tetapi ada halangan kerana kaki aku yang ada besi akan
membengkak apabila aku berjogging setiap hari. Mungkin hentakan ketika
berjogging menyebabkan berlaku bengkakkan pada bahagian tersebut dan terpaksa
meletakkan bantal di sebelah malam untuk menyurutkan bengkakan tersebut.
Apabila dah bengkak akan terasa sakit dan tidak mampu untuk berjogging lagi
atau melakukan aktiviti sukan yang lain.
Di sini lah bermulanya aku mengenali basikal, di sebabkan tiada sukan lain yang
boleh aku lakukan jadi aku membeli sebuah basikal MTB. Aku pasti basikal
merupakan satu cara bersenam yang tidak akan mendatangkan kesan sampingan
kepada penunggangnya. Ternyata anggapan ku benar belaka kerana dengan
berbasikal tiada kesan sampingan walaupun aku mengayuh basikal setiap hari. Cuma
permulaan mengayuh terasa sakit pada punggung, selama 3 hari baru sakit itu
hilang dan sehingga sekarang tidak lagi terasa sakit di pungung. Dengan
berbasikal juga aku boleh pergi lebih jauh dan tidak bosan kerana dapat
menghayati pemandangan yang indah di sepanjang kayuhan.
Kayuh bersama
keluarga.
Kini berat badan ku telah pun dikurangkan sebanyak hampir 10 kg dan berada dalam berat yang hampir ideal dengan ketinggian, tiada lagi kandungan kolestrol berlebihan dalam darah dan aku masih lagi mengayuh bukan untuk menjadi juara mengayuh tetapi hanya demi menjaga kesihatan.
Dengan
mengayuh juga aku berjumpa dengan ramai kawan, aku juga menyertai jamboree
untuk suka-suka dan memang aku tak pernah menang perlumbaan kerana bukan itu
tujuan aku mengayuh. Sebenarnya aku bukanlah seorang yang begitu kuat,
kadang-kadang cemburu juga melihat orang lain yang dapat mengayuh dengan kuat
dan laju sedangkan aku hanya berkayuh santai walaupun telah berbasikal hampir 3
tahun. Ini menunjukkan manusia semuanya bukan sama, jadi kekuatan dan keupayaan
tubuh manusia berbeza. Walaubagaimana pun masih ada perbezaan dengan orang yang
tiada stamina langsung, aku masih berupaya mendaki bukit dengan tidak perlu
menolak.
Pemandangan indah di atas bukit.
Dalam dunia MTB ini terdapat pelbagai ragam manusia dan yang paling aku tak
suka ialah sifat manusia yang suka berbangga-bangga dengan kebendaan. Sikap
suka menunjuk-nunjuk basikal mahal mereka dan memandang rendah kemampuan orang
lain. Selain dari itu ada juga yang mengecilkan keupayaan orang lain kerana
ketidak upayaan mengayuh. Sikap berbangga dengan keupayaan memiliki basikal
yang lebih mahal dan mempunyai skil menunggang yang baik jelas kelihatan tapi
biarlah mereka dengan dunia mereka. Aku tetap dengan tujuan aku mengayuh iaitu
untuk mendapat kesihatan yang baik.
Sekarang aku kerap berkempen kepada kawan-kawan supaya berkayuh kerana
berbasikal adalah satu aktiviti yang menyeronokkan di samping dapat
mengeluarkan peluh. Kepada kawan-kawan yang asik mengeluh berkaitan berat badan
dan kesihatan...jom kita kayuhhhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan