Khamis, 26 Julai 2012

Cerita Kelengkapan MTB

          Bila berbicara berkaitan dengan kelengkapan ianya banyak bergantung kepada cara, kemampuan, keterampilan dan sebagainya. Walaubagaimana pun keperluan asas yang berkaitan dengan keselamatan tidak boleh di abaikan. 

          Kelengkapan ini melibatkan pakaian, peralatan, aksesori, maklumat, alat bantuan dan sebagainya. Ada kelengkapan yang sangat diperlukan dan ada juga kelengkapan sekadar pelengkap untuk aktiviti itu sendiri. Sebagai contoh kelengkapan dari segi pakaian yang sesuai adalah satu kemestian seperti helmet, sarung tangan , seluar yang sesuai dan sebagainya.

            Kelengkap sebagai pelengkap pula ialah seperti meter perjalanan, GPS, cermin mata, botol air dan sebagainya. Sekiranya kita sedang menjalani aktiviti menunggang di kawasan yang jauh ke pendalaman atau sedang mengikuti jambori maka banyak kelengkapan yang sangat perlu kita sediakan kerana kita tidak menjangka apa yang mungkin berlaku, oleh yang demikian kelengkapan seperti tube simpanan, pum dan tool sangat perlu dibawa.

Di bawah adalah beberapa kelengkapan MTB.

Kelengkapan bagi MTB

 Kelengkapan bagi aktiviti down hill.

Tiub dan pum.
Tool
Beg
Seluar dan lampu untuk perjalanan malam.
KasutMeter
Sarung tangan Helmet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan