MTB bermula pada tahun 1976 di California yang dikenali sebagai clunker atau cruiser. Pada permulaannya mereka menggunakan basikal BMX untuk
aktiviti ini tetapi basikal BMX tidak begitu sesuai untuk perjalanan yang jauh.
Ianya juga tidak begitu sesuai untuk pendakian dan menuruni bukit. BMX hanya
sesuai untuk lompatan dan dapat bergerak dengan tangkas. Pengubahsuaian
dilakukan supaya lebih sesuai dengan keadaan aktiviti yang mereka lakukan, maka
lahirlah mountain bike(MTB). Pengubahsuaian dilakukan mengikut kesesuaian
aktiviti mtb seperti berikut.......
TERDAPAT 5 JENIS MOUNTAIN BIKE DAN AKTIVITNYA
Cross country (XC):
Di bina untuk kesukaran ringan dan sederhana. Reka
bentuk yang efisien dan optima untuk mengayuh dan melalui di jalan tar hingga ke
jalan tanah atau pun off road. Basikal jenis ini lebih lincah dan sesuai untuk
semua jenis jalan samada mendaki, menurun ataupun melalui jalan berlumpur.
Namun, basikal jenis ini tidak direka untuk tugas berat seperti downhill kerana
sifatnya yang ringan dan bukan untuk tugas berat. Basikal ini biasanya
digunakan untuk merentas desa dan mengembara.
Enduro/All mountain (AM):
Basikal jenis ini dibina untuk tugas yang sedikit
berat berbanding XC kerana digunakan untuk mendaki bukit, menuruni cerun, memasuki
hutan dengan jalan berbatu dan menjelajah jalan off road dalam jarak yang jauh.
Hampir keseluruhan basikal ini adalah
full-suspension. Karektor basikal ini hampir menyerupai basikal XC cuma kerangkanya
lebih kuat dan berat berbanding XC. Biasanya kerangka basikal ini lebih besar
sedikit. Ini kerana basikal ini biasanya digunakan untuk aktiviti yang lebih
extreme.
Freeride (FR):
Basikal jenis ini dibentuk untuk tahan kepada drop off(lompatan) tinggi dan extreme atau pergerakan seumpamanya. Badannya kuat namun
tidak secepat dan selincah all mountain karena kerangka yang lebih berat. Tidak
sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Jolokkan freeride ini kerana ianya
dimainkan mengikut track yang telah disiapkan dan penunggang akan melakukan
pelbagai teknik di track yang telah ditetapkan. Kedudukan tempat duduk biasanya
lebih rendah. Berat basikal jenis ini lebih berat dari jenis AM dan XC.
Downhill (DH):
Basikal jenis ini dibina untuk menampung kelajuan
tinggi dan keadaan jalan yang extreme. Ianya hanya digunakan untuk menuruni
bukit sahaja dan kerana itu lebih berat lebih sesuai. Ianya dicipta untuk
menampung tekanan tinggi ketika melalui atau menuruni bukit. Keseluruhan basikal
jenis ini jenis full-suspension dan absover depan dan belakangnya menggunakan
jenis yang tahan kepada hentakan yang kuat. Biasanya para downhiller tidak
mengayuh basikal dan basikal ini tidak sesuai untuk aktiviti lain. Basikal ini
perlu kesetabilan yang tinggi kerana kelajuannya ketika menuruni bukit.
Aktiviti ini biasanya menpunyai tracknya sendiri yang di bina untuk aktiviti
downhill. Suspension depan dan belakang biasanya mempunyai jarak travel yang
banyak antara 150mm hingga 200mm.
Disebabkan pergerakan yang extreme penunggangnya
biasanya akan mengenakan peralatan keselamatan seperti helmet full-face,
pelindung siku, pelindung lutut dan sebagainya untuk mengelakkan atau mengurangkan
kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ):
Nama lainnya adalah urban MTB. Penggemar jenis ini
awalnya adalah anak muda bandar yang menggunakan basikal gunung selain sebagai
alat pengangkutan di sekitar jalanan kota, ianya juga digunakan untuk melakukan aksi
lompatan dan extreme. Fungsinya seperti BMX namun dengan bentuk yang
diperbesar. Biasanyanya basikal DJ memiliki frame yang hampir sama dengan jenis
BMX (singkatan dari B=Bicycle M=Moto X=Cross), tetapi memiliki diameter yang
lebih besar antara 30% - 40%. Jenis basikal DJ ini digunakan untuk dapat menempuh
segala kontur yang terdapat di sekitar bandar seperti pembahagi, tangga, tembok
dan sebagainya. Walaubagaimana pun sekarang telah banyak litar dibina untuk
aktiviti ini.
Mempunyai tempat duduk yang sangat rendah dan
jarang digunakan. Tidak mempunyai gear yang banyak dan digunakan untuk
melakukan aksi sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan