Selasa, 12 Mac 2013

Cerita Keperluan Straching Dan Warm-Up.

Bila cakap pasal straching atau warm-up sebelum menunggang basikal akan ramai yang akan kata.....alahhh buang masa aja...atau akan berkata lecehlah......atau aaa........ malaslah

Itulah perkataan yang biasa kita dengar, samada kita sedar atau tidak sebenarnya straching atau warm-up adalah sangat penting sebelum kita melakukan kayuhan.


Sebenarnya sebelum kita memulakan kayuhan kita perlu melakukan straching dan diikuti pula dengan warm-up dan barulah kita boleh mengayuh. Anda mungkin akan mengalami kecederaan atau implikasi kesihatan sekiranya terus melakukan aktiviti fizikal dengan keras tanpa melakukan straching dan warm-up.

Kecederaan ketika menunggang.

Kenapa kita perlu straching?

Straching atau regangan adalah satu aktiviti untuk mengerakkan otot serta sendi-sendi tubuh sebelum kita melakukan aktiviti yang lebih pantas dan berat. Straching yang kita lakukan akan membuatkan bahagian-bahagian otot bekerja dahulu dan bahagian sendi akan bersedia untuk bekerja. Pergerakan serta merta kepada otot dan sendi akan menjadikan seolah-olah terperanjat dan mungkin menyebabkan kecerderaan. Untuk makluman anda otot-otot kita ini umpama getah belon, seandainya kita terus meniup belon tanpa menarik-narik belon tersebut dahulu kebarangkalian untuk belon itu pecah adalah tinggi. Adalah lebih selamat kita menarik sedikit belon tersebut atau kita meniup sedikit dan kemudian kita menekan-nekan belon tersebut sebelum kita meniup sehingga belon itu menjadi besar. Begitu juga dengan otot kita, sebelum kita menggunakan otot kita dengan keras adalah penting untuk kita mengerakkannya atau meregangkannya dahulu. Kita tidak mahu otot kita menjadi seperti belon yang akan pecah bila kita melakukan aktivit yang keras dan cepat.

Lakukan straching pada semua otot dan sendi.

Kenapa pula kita perlu lakukan warm-up?

Setelah kita melakukan straching kita perlu ikuti pula dengan warm-up. Ini adalah kerana kita tidak mahu berlaku degupan jantung melaju secara serta merta. Apa bila kita melakukan straching degupan jantung kita masih berada dalam keadaan normal dan jika diikut dengan warm-up kelajuan jantung akan meningkat secara perlahan-lahan. Cuba bayangkan jika jantung yang berdegup secara perlahan tiba-tiba berdegup dengan laju. Kalau injin kereta kita buat macam itu pun akan merosakkannya....apalagi kepada jantung kita yang tidak pernah berhenti berdegup dari mula kita di perut ibu sehinggalah sekarang. Oleh itu adalah penting bagi kita untuk meningkatkan degupan jantung secara perlahan-lahan sehingga degupan jantung kita mencapai tahap yang efektif. 

 Melakukan warm-up sebelum memulakan tertandingan.

Warm-up juga dapat meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Kalau pun kita malas untuk melakukan warm-up kita mulakan kayuhan dengan perlahan terlebih dahulu dan diikuti dengan laju secara berperingkat-peringkat atau secara perlahan-lahan. Jangan biarkan jantung anda berdegup laju dengan tiba-tiba.

Degupan jantung manusia dalam keadaan biasa adalah diantara 60 hingga 90 degupan seminit. Cuba anda bayangkan ketika jantung anda berdegup 70 degupan seminit tetiba ia terus melaju dengan berdegup selaju 160 degupan seminit tentu akan memberi kesan yang tidak baik.

Graf di atas adalah menunjukkan tahap degupan jantung apabila kita menjalankan aktiviti, jadi pastikan jantung anda akan berdegup mengikut zone  secara berperingkat. 

Jadi kalau kita dah tahu baik kita amalkan kerana kita bersenam untuk mendapat kesihatan yang baik bukan untuk memburukkan lagi kesihatan kita............apa lagi jum kayuh perlahan-lahan dulu..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan