Rabu, 13 Mac 2013

Cerita Penggunaan Gear Yang betul


Mungkin anda sering mendengar soalan berikut, “Gear mana yang saya perlu gunakan, adakah gear kecil atau besar?”. Jawapannya adalah bergantung kepada diri anda dan keadaan. Semua orang mempunyai kekuatan kaki yang berbeza, tahap kecergasan berbeza dan kemahiran yang juga berbeza. Sebahagian kita sering menggunakan gear ringan dan sebahaian lain sebaliknya.

Handle di tangan anda, shifter juga di jari anda, anda yang menunggang jadi deria rasa anda lah yang akan menjadi penentu gear apa yang hendak anda gunakan. Keupayan setiap manusia berbeza jadi ubahlah kombinasi gear tersebut mengikut kemampuan dan keperluan anda.


Pelbagai sifter yang digunakan. Shifter digunakan untuk menukar kombinasi gear. Trigger Shifter merupakan pilihan terbaik kerana lebih mudah dan lebih tepat berbanding jenis lever dan grip shifter.


Akan ada bunyi-bunyi dari kawan-kawan dan penunggang-penunggang basikal samada yang pro atau tidak yang akan memberitahu gear apa yang hendak digunakan tetapi yang akan merasainya ialah anda, seandainya anda tidak lagi mampu mengayuh mendaki bukit tapi dinasihatkan supaya menggunakan gear yang berat adakah anda perlu mengikut nasihat tersebut. Jangan malu menggunakan gear ringan untuk mendaki kerana gear tersebut di reka untuk digunakan dan sedarlah bahawa memang kita tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan seperti orang lain. Jadi ada baiknya kalau kita dapat melakukan ekperimen dan menilai keupayaan diri untuk mendapatkan kombinasi gambungan gear yang bersesuaian dengan diri kita dan keadaan trek ketika mengayuh.

Penggunaan gear yang sempurna
Dengan menggunakan MTB dengan 9 kelajuan, anda akan mendapat sebanyak 27 kombinasi gear. Yang mana satu perlu anda gunakan? Secara asasnya pengunaan gear belakang adalah perlu untuk menyesuaikan dengan pertukaran keadaan trail atau tahap dakian. Manakala gear depan adalah untuk kegunaan sekiranya terdapat perubahan mendadak kepada keadaan trail. Gunakan gear hadapan (chainring) seperti berikut:
  1. Ring besar (big ring): Downhill atau kayuhan laju di permukaan rata.
  2. Ring tengah (middle ring): Pendakian sederhana atau kayuhan perlahan di permukaan rata.
  3. Ring kecil (granny ring): Pendakian panjang atau pun curam.

Kombinasi gear yang tidak betul.
Secara amnya anda boleh menggunakan keseluruhan gear yang ada tetapi kombinasi yang tidak betul ini boleh mendatangkan masalah kerana sekiranya anda menggunakan kombinasi ring kecil di hadapan dan gear yang paling kecil di cassette akan menyebabkan rantai menjadi longgar dan derailleur akan terlipat jadi peluang untuk rantai tertanggal adalah besar apabila melalui jalan tidak rata. 

Sekiranya kita menggunakan kombinasi ring besar di hadapan dengan gear yang paling besar di cassette pula akan menyebabkan rantai menjadi begitu tegang dan derailleur juga akan menegang.

Kombinasi yang tidak tepat.


Apabila kedua-dua kombinasi ini berlaku rantai akan berada dalam keadaan tidak selari, ianya seolah-olah menjadi bengkok dan jika digunakan dalam tempoh yang lama akan merosakkan rantai tersebut.

Oleh yang demikian penunggang mesti pandai menggunakan kombinasi yang betul untuk mendapatkan daya kayuhan yang bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan trek. Kombinasi yang betul adalah seperti gambarajah di bawah. 

Ratio penggunaan gear yang betul pada cassette dan pada crank set.





Masa dan teknik penukaran gear.

Tukar gear dengan lembut dan tidak tergesa-gesa. Jika anda melihat terdapat dakian di hadapan, tukar gear anda di awal pendakian. Penukaran gear semasa mendaki boleh mengakibatkan tekanan berlebihan pada rantai dan boleh mengakibatkannya terputus. Sekiranya penukaran gear diperlukan semasa mendaki cuba ringankan tekanan crank kemudian barulah tukar gear tersebut. Penukaran gear semasa mendaki akan menyebabkan kesukaran untuk menukar gear dan boleh menyebabkan kerosakan rantai dan gear

Kalau dah handal tukar gear..........jommmm kayuh......



18 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sama-sama bro......pelan-pelan kayuh.....hehehe

      Padam
  2. baru faham cara tukar gear. info berguna.

    BalasPadam
  3. Salam bro...mcm mana nak tahu rantai dah rosak...adakah kita dengar melalui kayuhan...sebab ada bunyi bila kayuh dlm keadaan rantai dlm tekanan...bila kayuh dlm smooth. Bunyi lansung tak de....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Rantai boleh diukur dgn alat chain wear indicator tapi kekadang kerosakan bearing juga akan mengeluarkan bunyi bila kita mengayuh.

      Padam
  4. Terbaik bro. Thanks untuk info yang sangat berguna

    BalasPadam
  5. Salam tuan..benarkah mtb 3 spoket lbih laju berbanding 2spoket

    BalasPadam
  6. Saya newbie..adakah sesuatu kebiasaan jika kita yg baru kayuh ni akan rasa sakit mcm terbakar di atas lutut ( hmpir ke peha).terutama ketika mendaki

    BalasPadam
  7. Rasa seperti terbakar ketika mengayuh adalah perkara lumrah dan lain orang lain tempat yang akan sakit. kalau saya rasa terbakar berlaku pada betis. Teruskan mengayuh, lama2 akan hilang rasa terbakar tersebut. Jangan terlalu memaksa ketika mendaki, gunakan gear paling rendah supaya kayuhan lebih ringan.

    BalasPadam
  8. Klu gear dpn single crank dan belakang 7gear..gear permulaan pg vassete yg kecil kan..

    BalasPadam
  9. Ooo..kira gear basikal ni samala mcm gear kenderaan lain...gear 1 utk mendaki dan gear 7 utk kelajuan.

    BalasPadam