Pelarasan Ketinggian Tempat Duduk/Saddle
Berikut adalah satu contoh pelarasan ketinggian
saddle yang agak teknikal. Ukuran adalah
berdasarkan ketinggian penunggang. Dalam contoh ini, ketinggian keseluruhan penunggang
adalah 167cm. Lakukan pengiraan untuk diri anda sendiri berdasarkan contoh
kiraan yang diberikan di bawah ini.
Bermula dgn ukuran panjang kaki (ukur
dalam keadaan berkasut dari bawah/lantai hingga ke celah kelangkang) utk
menentukan ketinggian saddle. Dalam contoh ini, panjang kaki rider adalah &
perlu didarabkan
dgn 0.883 utk mendapat ukuran yg sepatutnya iaitu 77.3 cm x 0.883 = 68.2 cm
(ukuran dari pusat bottom bracket ke permukaan atas saddle).
Di atas adalah cara untuk mendapatkan ketinggian tempat duduk
yang begitu teknikal. Apabila kita mengubah kedudukan tempat duduk, mengubah
atau mengganti peralatan maka ukuran semula perlu dilakukan. Apa lagi kalau
basikal di gunakan oleh orang lain maka pelarasan akan berubah.
Sebenarnya
ada cara lain untuk melaras tempat duduk dengan cara yang lebih mudah. Caranya
adalah seperti berikut:-
1.
Duduk pada basikal kemudian letakkan tumit pada
pedal.
2. Luruskan kaki dan berada pada kedudukan pedal yang paling jauh.
3. Laraskan ketinggian tempat duduk sehingga kaki dalam keadaan lurus dan selesa.
3. Laraskan ketinggian tempat duduk sehingga kaki dalam keadaan lurus dan selesa.
Apabila telah dapat kedudukan anda boleh terus mengayuh.
Sekiranya tempat duduk terlalu tinggi badan akan turun ke kanan dan kekiri
mengikut kayuhan dan sekiranya terlalu rendah kaki akan bergerak lebih sedikit
ketika mengayuh.
Gambar kedua: Teknik pelarasan ketinggian dan kedudukan saddle.
Apabila ketinggian tempat duduk telah di laras, kedudukan tempat duduk atau saddle pula perlu dilaras kedepan atau kebelakang mengikut kesesuaian badan seseorang. Caranya ialah dengan duduk pada saddle dan cuba lihat ke bahagian hub roda hadapan. Sekiranya anda dapat melihat hub hadapan bermakna anda terlalu jauh kehadapan. Cuba laraskan saddle tersebut sehingga hub hadapan dilindungi oleh handlebar.
Satu lagi cara yang lebih baik untuk melaras kedudukan saddle ialah dengan menggunakan pemberat dan tali. Caranya ialah dengan duduk di atas basikal anda kemudian pijak pada pedal dalam keadaan setara iaitu pedal kiri dan kanan selari. Kemudian dengan menggunakan pemberat letakkan tali pada tetengah lutut dan ianya mestilah sama kedudukan dengan tetengah pedal seperti gambarajah di bawah.

Berkaitan dengan kecondongan saddle pula ialah biasanya kedudukan saddle adalah samarata dengan paras bumi tetapi ini bergantung kepada aktiviti yang dijalankan. Sekiranya kita melakukan aktiviti crosscountry makan laraskan saddle pada paras rata dan jika kita banyak aktiviti mendaki cuba tundukkan sikit saddle. Bagi aktiviti menuruni bukit atau downhill pastikan saddle sedikit mendongak kerana apabila menuruni bukit kita akan dapat saddle yang paras.
Seterusnya ialah kepanjangan handlebar. Bagi penunggang yang suka melakukan kayuhan di atas jalanraya dan tidak banyak melakukan kayuhan yang extreme gunakanlah handlebar yang pendek sahaja. Penunggang boleh memotong handlebar mengikut keselesaan tetapi bagi penunggang yang melakukan kayuhan yang extreme seperti mendaki dan menuruni bukit serta melalui keadaan jalan yang sukar pastikan anda menggunakan hadlebar yang lebih panjang kerana anda akan dapat mengawal basikal anda dengan lebih baik. Handle yang pendek untuk kayuhan extreme akan menyukarkan kawalan dan akan memenatkan anda.

Handle yang pendek untuk kayuhan dijalanraya.
Handle yang lebar dan panjang untuk tunggangan extreme.
Semuanya sudah lengkap......apalagi jom kayuhhhhhh...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan