Memilih Saiz Basikal Yang Bersesuaian
Apabila anda hendak membeli basikal pastikan basikal yang
akan anda beli tersebut bersesuaian dengan anda. Setiap basikal mempunyai saiz
yang dikira dalam inci iaitu:
- Saiz XS (13in-14in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
- Saiz S (14in-16in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
- Saiz M (16in-18in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
- Saiz L (18in-20in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
- Saiz XL (20in-22in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Walau pun saiz di atas boleh digunakan tetapi kadangkala
manusia mempunyai kepanjangan kaki yang tidak sama dimana ada yang mempunyai
kaki yang lebih panjang dan ada juga yang mempunyai kaki yang sedikit pendek.
Oleh yang demikian anda boleh menggunakan satu lagi cara berpandukan gambarajah
di bawah.
Saiz frame diukur dari “Bottom Bracket” hingga “seat
collar” yang diukur dalam inci.
Berdiri dengan basikal berada pada kelengkang anda dan
pastikan jarak antara kelengkang dengan frame basikal mempunyai kelegaan lebih
kurang 2 inci.
Untuk kepastian angkat basikal anda sehingga mengenai
kelengkang dan ukur jarak antara tayar dengan tanah, seperti gambarajah di
atas.
Seandainya bila anda berdiri dan frame tersentuh dengan
kelengkang anda bermakna saiz basikal terlalu besar dan kalau jarak kelengkang
dengan frame lebih dari 2 inci bermakna basikal terlalu kecil untuk anda.
Jarak lebih
kurang 2 inci dari kelengkang dengan palang frame basikal.
Info yang sangat menarik untuk suami saya perlu tahu. Terima kasih.
BalasPadamSama-sama.........jangan la suami aja yang kayuh. Cik Puan Pun kayuh sama untuk kesihatan yang baik.....
BalasPadamSusah nak carik saiz utk sy.. Ketinggian 6inci..
BalasPadamKetinggian apakah itu......6 inci???
Padamketinggian batang pinangnya mungkin
PadamMakhluk apa tinggi 6 inchi ja.seramm.
PadamAssalamualaikum.. Nk tnya.. Utk org yg gemuk mcm sy, basikal apa yg sesuai? Bleh dpt dalm rm500++ sebuah tak? Just utk kayuh di taman pd wktu lapang.. Harap encik dapat mbantu..
BalasPadamw'salam......Minta maaf kerana cik tak beritahu berat yang lebih tepat tapi sesebuah basikal biasanya boleh menampung berat sehingga 150kg...bergantung jenis basikal tersebut. Yang penting tekanan angin tayar mesti sesuai dengan berat dan bagi pengguna basikal full susp mestilah laras tekanan angin absober basikal tersebut dengan berat penunggang. Dengan harga rm500 saya rasa boleh dapat sebuah basikal untuk kegunaan kayuhan santai di jalan yang tidak begitu extreme. Untuk peringkat permulaan basikal dengan harga bawah rm1k boleh digunakan tetapi bila penunggang sudah sedikit fit dan inginkan kayuhan yg lebih mencabar seperti mendaki dan menuruni bukit perlu berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan basikal yg lebih baik dan bersesuaian. Apapun yang penting ialah memulakannya. Bermulalah dari sekarang jgn tunggu dan kuatkan semangat.....selamat mengayuh.
BalasPadamBoleh beri tunjuk ajar bab Basikal Mt be4 sy beli tq
PadamSalam..berat sya 135 kg...blh cadangkan basikal yg sesuai...dlm usaha utk kurangkan berat tp selalu gagal...
BalasPadamSalam...inginkan pencerahan. Berat saya ialah 75 kg dan ketinggian saya ialah 168.9 cm. Jadi soalan saya apakah jenis mountain bike yang sesuai dengan saya dan berapakah saiz basikal yang sesuai dengan saya. Terima kasih.
BalasPadamminta pencerahan mengenai pemilihan saiz tayar 27 atau 29er?
BalasPadamMinta pencerahan apakah size paling ideal utk saya berat 85kg tinggi 158
BalasPadamMinta pencerahan apakah size paling ideal utk saya berat 85kg tinggi 158
BalasPadamTn, bolehkah asas ukuran di atas digunakan utk penentuan basikal jenis road bike? Ty
BalasPadamSalam tuan.berat 200 kg tggi 175 cm..ada basikal yg sesuai utk saya x.?
BalasPadamSalam tuan.berat 200 kg tggi 175 cm..ada basikal yg sesuai utk saya x.?
BalasPadamsalam tuan,
BalasPadamdengan berat 105kg, tingggi 175cm, bajet 1.2-1.5k apekah size yang sesuai untuk saya?
Kalo ketinggian saya 158cm..saiz frame berapa yg sesuai?.
BalasPadamBerat 78kg.tggi dlm 172cm.saiz apa bos basikal sesuai utk saya
BalasPadamTinggi 165cm Berat 73kg..size apa yg sesuai boss
BalasPadamKalau design basikal sekarang frame condong, macam mana nak ukur?mksd saya besi dia bukan melintang lurus
BalasPadamSaya tinggi 168cm berat 85 kg..MTB yg sesuai dgn Sya..buget 1.5 k ke bawah
BalasPadamTuan-tuan dan puan puan semua........amat sukar bagi saya untuk menentukan saiz basikal yang bersesuaian mengikut ketinggian kerana sekarang basikal mempunyai saiz roda yang berbeza. Saiz roda ada 26 inci diameter, 27.5 inci dan 29 inci. Oleh yang demikian ada baiknya tuan2 dan puan2 ukur sendiri basikal tersebut sebelum membelinya mengikut cara yg telah saya nyatakan seperti dalam tajuk diatas....terima kasih di atas respond anda.....
BalasPadamTinggi 178
BalasPadamBerat 90
Panjang kaki 78/79
Saiz basikal yg diperlukan?
Salam.
BalasPadamTinggi : 165cm
Berat : 70kg
Tinggi : 156cm
Berat : 45kg
Boleh suggest saiz road bike yang sesuai untuk saya dan kawan saya? First time nak beli basikal ni. Terima kasih.
Klau mcam saya tinggi 161 berat 73 saiz apa yang sesu
BalasPadamBerat 150kg..tinggi 170-180cm xsilap....
BalasPadamSesuai yang jenis mana??
Mata berkenan fatbike...sebab Tayar tu nampak besar...tapi kawan2 suruh ambik mtb..minta pendapat dan nasihat sikit
assalam
BalasPadamMaaf dlm dilema.. tinggi saya 168cm saiz frame mtb paling sesuai S atau M sebab ada 2 kategori saiz boleh tu. T.ksh
BalasPadamAsslammualaikum...Utk tinggi 172 sesuai x dengan 27.5 S?
BalasPadamTinggi 162 berat 64 saiz apa yg perlu sy pakai
BalasPadam