Khamis, 26 Julai 2012

Cerita Kebaikkan Berbasikal



Senaman merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Samada kita suka atau tidak, kita terpaksa atau mesti melakukannya untuk mendapatkan kesihatan yang baik atau mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

                Justeru itu untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat dan bermakna anda mestilah bersenam. Terlalu besar kebaikan yang diperolehi dengan bersenam atau bersukan. Gaya hidup moden masa kini banyak mengundang masalah kesihatan seperti obesiti, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kesemua penyakit bukan jangkitan ini dapat dielakkan dengan mengubah gaya hidup, menjaga cara pemakanan dan bersenam secara rutin.





 
 










                Walaubagaimanapun, terlalu banyak halangan dan cabaran untuk seseorang itu bersenam. Alasan yang sering kedengaran ialah terlalu sibuk, tidak ada masa, tiada kawan, tiada tempat, tiada peralatan, sudah penat bekerja dan alasan yang paling sering kedengaran ialah malas.
Sebenarnya perbelanjaan dan masa yang diperuntukkan  apabila kita sakit adalah sangat besar, oleh itu pencegahan awal sangat penting. Banyak cara yang boleh digunakan dan dipraktikan untuk bersenam tetapi kita mesti sedar bahawa ada juga kemudaratan yang boleh terjadi ketika kita bersenam atau bersukan. Perkara yang sering kita dengar ialah kecederaan, kesakitan malah boleh juga menyebabkan kematian ketika melakukan senaman atau bersukan. Oleh itu kita mestilah pandai memilih cara yang bersesuaian dengan keadaan fizikal, umur, keupayaan kesihatan dan sebagainya.
                Tak perlu susahkan badan ke ‘gym’. Tak perlu ambil pil pelangsing badan. Tak perlu berlapar sehingga mendapat gastrik. Anda hanya perlukan beberapa minit daripada masa 24 jam anda dengan berbasikal.
                Dengan berbasikal, 5 minit adalah jangka masa minimum yang berkesan untuk mengawal berat badan berlebihan. Jika lebih masa diambil, ianya adalah lebih baik.




 
 
Kebaikan berbasikal:
1.     Membantu mengurangkan berat badan. 450 kcal kalori dibakar dalam 1jam.
2.     Menguatkan jantung. Aliran darah lebih lancar. Jumlah lemak kurang dalam darah.
3.     Tona badan yang mantap. Ia membantu membina otot kaki dan bagi wanita ia membantu mendapatkan pinggang yang langsing.
4.     Kurang sakit tulang belakang. Berbasikal mampu memberikan kekuatan kepada tulang belakang.
5.     Berpeluh. Berpeluh membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan.
6.     Mengurangkan stress.
7.     Stamina meningkat.
8.     Vitamin D percuma. Apabila terdedah kepada cahaya matahari kita mendapat vitamin D yang baik untuk mengelakkan kanser dan osteoporosis.
9.     Meningkatkan sistem imunisasi badan.
10.   Mengelakkan kecederaan sendi dan otot semasa bersenam berbanding berjogging dan lain-lain sukan.
11.   Tidak memerlukan modal yg besar. Hanya sekali modal untuk membeli basikal, tidak perlu kerap beli bola atau menyewa tempat untuk bersenam/bersukan.
12.   Mengeratkan ikatan kekeluargaan. Lakukan bersama keluarga pasti suasana harmoni dan ceria dapat diujudkan
13.   Keseronokan. Ianya aktiviti yang menyeronokkan kerana dapat bersiar-siar sambil bersenam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan