Syawal telah berlalu...pelbagai cerita dan kisah dari ramadan hingga syawal telah terukir dalam memori hidup. Suka duka tawa tangis dan pelbagai lagi suasana dapat kita alami sepanjang ramadan dan diikuti oleh syawal yang mulia.
Apabila ramadan bermula maka aktiviti fizikal seakan-akan terhenti, pelbagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal. Saya pun begitu juga rasa letih, malas dan tak berdaya. Sebelah malamnya pula di isi dengan ibadah terawih. Selain itu berbagai perkara yang perlu dilakukan untuk persiapan hari raya, persiapan diri, keluarga, rumah dan juga persediaan kuih muih dan makan minum seolah-olah tak berakhir selagi tidak sampai hari raya. Ini menyebabkan peluang untuk berkayuh dan menjalankan aktiviti fizikal seolah-olah tiada langsung.
Sepanjang ramadan kita dihidangkan dengan makanan yang pelbagai, ditambah dengan nafsu yang sukar di bendung menjadikan harapan sampingan sempena puasa untuk menurunkan berat badan rasanya susah untuk dijayakan. Apalagi kalau berjalan di pasar ramadan, semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Semuanya hendak ditunjuk, semuanya hendak di rasa. Kalau ramai yang pergi lagi banyaklah yang di beli kerana mengikut selera yang berbeza. Bila masuk waktu berbuka semuanya hendak di makan tapi nafsu melebihi dari keupayaan. Maka banyak makanan yang tidak dapat dihabiskan tetapi kekadang sayang tengok makanan yang dibazirkan jamah juga la sedikit. Begitulah sedikit sebanyak senario di bulan puasa, setiap tahun sama sahaja situasinya. Melayu mudah lupa............
Apabila masuk hari raya lebih hebat suasananya. Kesibukan merayakan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara menghadkan kita untuk melakukan aktiviti fizikal. Tak kira siang atau malam ada saja akitviti, semua aktiviti ini di selangi dengan makan. Di hari raya semestinya makanan penuh meja. Bila menziarah rumah saudara mara pun begitu juga, makanan penuh di meja. Kiranya makan....makan....makan....makan.
Selepas itu ada pula marhaban, maka berarak lah dari satu rumah ke satu rumah. Yang pastinya setiap rumah ada saja hidangan, samada hidangan ringkas atau berat....makan satu kemestian. Seminggu berlalu dan kita balik ke kediaman masing-masing tapi masih lagi belum berakhir kerana raya sebulan. Acara seterusnya ialah rumah terbuka. Dari satu rumah ke satu rumah ada saja rumah terbuka, makanan yang di sediakan hebat-hebat belaka. Rugi kalau tak datang lagi pun tak boleh hampakan tuan rumah yang menjemput, jadi kesimpulannya memang banyak yang kita makan sepanjang ramadan dan juga syawal sedangkan aktiviti fizikal tiada langsung.
Selepas dua bulan berlalu maka cuba-cuba lah timbang berat badan.....alamak.... naik hampir 3kg. Hanya dalam 2 bulan berat boleh bertambah lebih dari 2kg. Cuba bayangkan nak buang 3 kg memakan masa berbulan tapi nak naik cepat betul. Sepatutnya di bulan puasa boleh turunkan berat tapi ini sebaliknya.
Setelah hampir 3 bulan aku mulakan balik kayuh basikal. Rasanya memang malas untuk mengayuh tapi semangat terpaksa di kuatkan kerana seluar dah mula ketat. Hari pertama mgayuh...macam nak mati. Hari kedua ngayuh.......punggung kebas dan perit. Aduiiiiiiii.................
Saya rasa ramai kawan-kawan diluar sana pun mengalami keadaan yang sama seperti saya. Setiap tahun pun sama juga kesudahannya. Bayangkan berapa banyak lemak yang terkumpul hanya dalam masa beberapa bulan dan bukan mudah untuk mencairkan lemak-lemak tersebut.
Semangat mesti kuat...... Mari kita berjuang semula demi menjaga kesihatan. Raya tiap-tiap tahun ada tapi jangan sampai kita tak dapat beraya lagi ditahun hadapan.......
Di kesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin....maaf kiranya ada catatan yg menyinggung......
Apa lagi ......Jom....kita ngayuh......