Jumaat, 14 Jun 2013

Cerita Ukuran Rantai.

Kita selalu melakukan pelarasan pada basikal kita untuk mendapatkan pelarasan terbaik supaya kita lebih selesa apabila mengayuh basikal kita. Pelarasan yang baik akan menyebabkan kayuhan yang lebih lancar sepanjang kayuhan. Pelarasan yang selalu dilakukan ialah pada brek dan juga derailleur depan atau belakang.

Walau bagaimana pelarasan yang dilakukan pada derailleur belakang kadang-kadang rantai kerap terjatuh atau tertanggal. Walaupun pemasangan semula adalah mudah tetapi kiranya perkara ini kerap terjadi akan menganggu kayuhan kita dan secara tidak langsung akan mengganggu kawan-kawan yang lain kerana terpaksa menunggu.



Sebenarnya kita mungkin terlupa mengukur kepanjangan rantai kita. maklumlah kalau kita menukur rantai yang baru kita biasanya tidak faham berapa panjang rantai yang diperlukan yang bersesuaian dengan group set kita. Apabila kita membeli rantai yang baru kita akan terus memasang pada basikal tanpa mengukur terlebih dahulu. 

Sekiranya rantai terlalu panjang ianya akan mudah terjatuh atau tertanggal dan kiranya terlalu pendek akan sukar untuk menukar gear dan sedikit bising. Oleh yang demikian apabila menukar rantai yang baru pastikan ianya bersesuaian dengan set yang anda gunakan dan ukur kepanjangan yang bersesuaian.

Bagi mendapatkan kepanjangan yang bersesuaian ialah dengan memasang rantai pada crank yang paling besar di crank set dan disambungkan dengan gegigi yang paling besar pada di cassette tanpa melalui derailleur belakang. Kemudian pastikan ada lebihan 3 sambungan rantai seperti gambarajah di bawah dan potong lebihannya.
Untuk makluman anda bahawa rantai ini lama kelamaan akan memanjang sedikit. Walau pun kita dapat melihat kepanjangan rantai ini dengan mata kasar tetapi kita boleh mengukurnya dengan alat khas yang biasanya terdapat dikedai-kedai yang besar. Sekiranya rantai kita talah memanjang sedikit kebarangkalian untuk rantai jatuh adalah besar dan sekiranya kita menukar cassette atau crank set yang baru tanpa menukar rantai akan menghasikal bunyi dan rasa yang kurang menyenangkan. 



Oleh itu ujilah rantai anda dahulu dan mengayuhlah dengan senang hati........lalalalala........jom kayuh.