Khamis, 9 Ogos 2012

Cerita Jenis MTB Dan Aktivitinya


MTB bermula pada tahun 1976 di California yang dikenali sebagai clunker atau cruiser. Pada permulaannya mereka menggunakan basikal BMX untuk aktiviti ini tetapi basikal BMX tidak begitu sesuai untuk perjalanan yang jauh. Ianya juga tidak begitu sesuai untuk pendakian dan menuruni bukit. BMX hanya sesuai untuk lompatan dan dapat bergerak dengan tangkas. Pengubahsuaian dilakukan supaya lebih sesuai dengan keadaan aktiviti yang mereka lakukan, maka lahirlah mountain bike(MTB). Pengubahsuaian dilakukan mengikut kesesuaian aktiviti mtb seperti berikut.......

TERDAPAT 5 JENIS MOUNTAIN BIKE DAN AKTIVITNYA

Cross country (XC):
Di bina untuk kesukaran ringan dan sederhana. Reka bentuk yang efisien dan optima untuk mengayuh dan melalui di jalan tar hingga ke jalan tanah atau pun off road. Basikal jenis ini lebih lincah dan sesuai untuk semua jenis jalan samada mendaki, menurun ataupun melalui jalan berlumpur. Namun, basikal jenis ini tidak direka untuk tugas berat seperti downhill kerana sifatnya yang ringan dan bukan untuk tugas berat. Basikal ini biasanya digunakan untuk merentas desa dan mengembara.

 
Enduro/All mountain (AM):
Basikal jenis ini dibina untuk tugas yang sedikit berat berbanding XC kerana digunakan untuk mendaki bukit, menuruni cerun, memasuki hutan dengan jalan berbatu dan menjelajah jalan off road dalam jarak yang jauh. Hampir keseluruhan  basikal ini adalah full-suspension. Karektor basikal ini hampir menyerupai basikal XC cuma kerangkanya lebih kuat dan berat berbanding XC. Biasanya kerangka basikal ini lebih besar sedikit. Ini kerana basikal ini biasanya digunakan untuk aktiviti yang lebih extreme.



 
Freeride (FR):
Basikal jenis ini dibentuk untuk tahan kepada drop off(lompatan) tinggi dan extreme atau pergerakan seumpamanya. Badannya kuat namun tidak secepat dan selincah all mountain karena kerangka yang lebih berat. Tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Jolokkan freeride ini kerana ianya dimainkan mengikut track yang telah disiapkan dan penunggang akan melakukan pelbagai teknik di track yang telah ditetapkan. Kedudukan tempat duduk biasanya lebih rendah. Berat basikal jenis ini lebih berat dari jenis AM dan XC.

Downhill (DH):
Basikal jenis ini dibina untuk menampung kelajuan tinggi dan keadaan jalan yang extreme. Ianya hanya digunakan untuk menuruni bukit sahaja dan kerana itu lebih berat lebih sesuai. Ianya dicipta untuk menampung tekanan tinggi ketika melalui atau menuruni bukit. Keseluruhan basikal jenis ini jenis full-suspension dan absover depan dan belakangnya menggunakan jenis yang tahan kepada hentakan yang kuat. Biasanya para downhiller tidak mengayuh basikal dan basikal ini tidak sesuai untuk aktiviti lain. Basikal ini perlu kesetabilan yang tinggi kerana kelajuannya ketika menuruni bukit. Aktiviti ini biasanya menpunyai tracknya sendiri yang di bina untuk aktiviti downhill. Suspension depan dan belakang biasanya mempunyai jarak travel yang banyak antara 150mm hingga 200mm.

Disebabkan pergerakan yang extreme penunggangnya biasanya akan mengenakan peralatan keselamatan seperti helmet full-face, pelindung siku, pelindung lutut dan sebagainya untuk mengelakkan atau mengurangkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.





Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ):

Nama lainnya adalah urban MTB. Penggemar jenis ini awalnya adalah anak muda bandar yang menggunakan basikal gunung selain sebagai alat pengangkutan di sekitar jalanan kota, ianya juga digunakan untuk melakukan aksi lompatan dan extreme. Fungsinya seperti BMX namun dengan bentuk yang diperbesar. Biasanyanya basikal DJ memiliki frame yang hampir sama dengan jenis BMX (singkatan dari B=Bicycle M=Moto X=Cross), tetapi memiliki diameter yang lebih besar antara 30% - 40%. Jenis basikal DJ ini digunakan untuk dapat menempuh segala kontur yang terdapat di sekitar bandar seperti pembahagi, tangga, tembok dan sebagainya. Walaubagaimana pun sekarang telah banyak litar dibina untuk aktiviti ini.

Mempunyai tempat duduk yang sangat rendah dan jarang digunakan. Tidak mempunyai gear yang banyak dan digunakan untuk melakukan aksi sahaja.













Isnin, 30 Julai 2012

Cerita Turun Berat Badan


       Mengikut kajian lebih 25% dari penduduk Malaysia mengalami masalah obesiti.  Obesiti ini adalah penyebab utama penyakit bukan jangkitan yang merupakan punca kematian yang paling tinggi. Semua ini adalah disebabkan oleh pemakanan. Sesungguhnya tiada manusia yang tidak makan tetapi boleh gemuk kerana ada orang berkata saya tak makan banyak tapi boleh gemuk. Satu penafian yang tidak boleh diterima akal.

      Untuk menjadi seorang yang obes bukan mengambil masa yang singkat, ianya memakan masa bertahun-tahun untuk pembentukan lemak di dalam badan. Ianya terjadi tak lain tak bukan adalah kerana pemakanan yang tidak seimbang di samping tiadanya aktiviti yang dapat membakar kalori yang telah di ambil.
      Setelah dibebankan dengan penyakit yang di sebabkan oleh pemakanan seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, masalah jantung dan sebagainya barulah kita kalang kabut untuk mencari cara untuk menurunkan berat badan. Disamping itu juga penampilan akan tidak begitu menarik sekiranya berat badan kita berlebihan. Sebenarnya untuk mengurangkan berat badan bukan satu kerja yang mudah, Lemak yang bertahun-tahun terkumpul dalam badan hendak dihilangkan dalam masa singkat. Mana mungkinnnnnn......
Lihat carta BMI ini........dimanakah anda berada.

      Terlalu banyak tip-tip yang diberikan dimana dikatakan boleh mengurangkan berat dengan mudah tanpa bersenam. Semuanya bohong belaka, kalau boleh pun mengurangkan berat badan mungkin akan mendatangkan masalah kesihatan yang lain pula. Segala lemak yang telah kita kumpul selama berpuluh-puluh tahun di dalam badan kita jangan kita fikir kita dapat membuangnya dalam masa yang singkat. Kesukaran untuk membuang lemak di badan inilah yang menyebabkan ramai yang berputus asa atau bosan dalam usaha menurunkan berat badan.
Ikat perut....salah satu cara mengawal obesiti.

      Ada tip yang mengatakan dengan menjaga pemakanan kita dapat menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam 2 bulan. Bolehkan anda terima kenyataan ini. Adakah dengan mengambil ubat-ubatan dapat membentuk tubuk yang cantik. Kalau pun kita dapat menguruskan badan dengan cara ini pemakanan atau ubatan, badan kita akan menjadi lembek, muka akan cengkung dan tampak tidak sihat.

      Oleh yang demikian sebenarnya tiada cara lain selain dari menjaga pemakanan dan di sertai dengan senaman. Hanya dengan cara ini sahaja anda dapat menurunkan berat badan di samping mendapat bentuk badan yang menarik serta sihat. Tiada jalan mudah, pengorbanan perlu dilakukan, usaha perlu di jalankan....tetapi bagaimana?

      Perkara asas yang perlu anda fikirkan ialah.....KELUAR DARI ZON SELESA. Selagi anda masih berada dalam zon selesa dalam penghidupan anda maka anda tidak akan berjaya.

       Apa yang dikatakan dengan zon selesa? Zon selesa ialah apa yang anda lakukan dan apa yang anda tidak lakukan sehingga anda menjadi obes.

      Sekiranya anda selesa dengan mengambil makanan berkalori tinggi setiap hari makan anda terpaksa tinggalkan. Jika anda selesa makan dengan banyak setiap kali anda makan maka anda terpaksa kurangkan. Jika anda selesa dengan mengambil makan malam selepas pukul lapan malam anda terpaksa hentikan. Jika anda selesa dengan bermalas-malas dan tidak mahu bersenam maka anda terpaksa lakukan senaman setiap hari. Jika anda rasa selesa dengan berjalan kaki sahaja ketika bersenam maka anda terpaksa berlari. Jika anda selesa dengan mengayuh basikal santai tanpa merasa penat maka anda terpaksa mendaki bukit atau mengayuh pantas.

      Ini bermakna jika anda tidak dapat meninggalkan zon selesa anda maka lupakan lah cita-cita anda untuk menurunkan berat badan.

Satu lagi rungutan yang kita dengan ialah.....”saya sudah bersenam tapi berat masih tidak mahu turun”.

      Ini adalah kerana senaman yang anda lakukan masih berada dalam zon selesa, ianya mungkin dapat membakar kalori tetapi kalori yang di bakar hanya kalori yang baru anda ambil untuk hari tersebut.

Contoh:
Anda mengambil makanan nasi goreng(637 cal) + telor goreng(110 cal) + minuman ringan(151 cal) = jumlah 898 kalori.


      Sekiranya anda berlari di threadmill selama sejam anda hanya dapat membakar kalori sebanyak 750 kalori sahaja. Cuba anda buat perbandingan apa yang anda makan dengan kadar kalori yang anda bakar dalam aktiviti anda seharian.

      Ini yang saya maksudkan keluar dari zon selesa. Sebenarnya untuk membakar lemak yang terdapat dalam badan anda dengan lebih efektif ialah dengan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan jantung anda bergerak dengan kencang. Sekiranya jantung anda berada dalam keadaan selesa maka kadar pembakaran kalori tidak begitu efektif.

Kadar pengiraan degupan jantung yang efektif adalah seperti berikut:

200 – umur = degupan jantung/minit

Bermakna jika anda berumur 35 tahun

200 – 35 = 165 degupan/minit

      Oleh yang demikian anda hendaklah bersenam sehingga degupan jantung anda berdegup selaju 165 degupan seminit atau lebih barulah dapat membakar lemak di dalam badan anda.

      Apakah senaman yang dapat mempercepatkan degupan jantung?

      Senaman seperti berenang, berlari, bermain badminton, aerobic, menunggang basikal dengan laju atau mendaki bukit adalah antara senaman yang dapat mempercepatkan degupan jantung.
Kadar degupan jantung ini boleh diukur dengan menggunakan alat mengukur degupan atau anda rasakan sendiri degupan jantung dan anda anggarkan.
Jam tangan yang boleh membaca kadar degupan jantung.

      Kerana itulah kiranya anda bersenam santai dan berada dalam zon selesa peluang untuk menurunkan berat amat tipis.

      Jadi pengorbanan terpaksa anda lakukan. Anda terpaksa korbankan selera anda, korbankan masa anda dan korban kan wang ringgit anda. Tak guna kalau kita ada wang tapi tak boleh guna, kita ada masa tapi kita tak boleh kemana-mana atau kita ada selera tapi tak boleh makan.

      Gunakan lah sedikit dari wang anda untuk membeli basikal, gunakanlah sedikit dari masa anda untuk mengayuh dan gunakanlah sedikit semangat untuk memaksa diri anda membakar lemak yang tersimpan dalam badan.

Kesimpulannya.............jom kayuhhhhh sampai penat.................................