Saya yakin ramai diantara kita adalah pengayuh tegar dan pernah menyertai
jamboree, fun ride atau apa jua aktiviti kayuhan yang kerap di adakan oleh
kelab-kelab basikal dan juga NGO di seluruh Malaysia. Selain dari berseronok
mengayuh basikal melalui laluan baru yang mencabar dan ada juga laluan mudah
yang lebih santai. Bermacam-macam tujuan penunggang-penunggang basikal MTB
menyertai jamboree atau aktiviti ini ada kerana hendak memenangi hadiah yang
ditawarkan, ada sekadar hendak menguji kebolehan mengayuh, ada hanya untuk
menunjuk-nunjuk basikal tapi yang pasit ramai yang hanya untuk suka-suka
sahaja. Seronok kerana dapat melihat dan merasai laluan baru yang mencabar,
seronok berjumpa kawan lama dan kawan baru dan seronok juga kalau dapat
memenangi hadiah cabutan bertuah. Walau pun penat dan menyakitkan tapi rasa puas
seandainya dapat menghabiskan laluan walaupun mendapat kedudukan yang jauh di
belakang.
Tujuan asal pastinya untuk berseronok tapi malang tidak berbau. Setiap
jamboree pasti ada saja yang tidak bernasib baik. Kita akan dapat melihat ramai
yang akan mengalami perkara-perkara yang kurang menyeronokkan seperti tayar
pancit, rantai putus, kemalangan, rim bengkok dan sebagainya. Setakad ini saya
belum lagi pernah mengalami semua itu, mungkin saya bernasih baik. Anda juga
begitu tapi tak mustahil satu masa nanti kita akan mengalami masalah-masalah
tersebut semasa kita menyertai jamboree atau menjalankan aktiviti kayuhan.
Oleh yang demikian kita atau siapa sahaja penunggang-penunggang basikal
sepatutnya membuat persediaan sebelum menyertai jamboree atau apa juga aktiviti
kayuhan. Kita mungkin memikirkan bahawa kita tidak akan mengalami masalah
seperti orang lain tetapi sedarlah bahawa mereka-mereka yang mengalami masalah
semasa aktiviti mengayuh juga berfikiran seperti kita. Menyesal dahulu pendapatan
menyesal kemudian tiada berguna....
Sebenarnya persediaan yang perlu ada adalah dari segi fizikal, mental, bahan
dan juga peralatan. Saya tidak mahu bercerita berkaitan persediaan mental dan
fizikal kerana ramai yang sudah tahu berkaitan persediaan mental dan fizikal
kerana ramai diantara pengayuh tegar telah sedia maklum dengan persediaan
mental dan fizikal sebelum aktiviti kayuhan.
Apa yang hendak saya ceritakan di sini ialah persediaan dari segi keperluan
peralatan dan bahan.
Dari segi peralatan ...... pemeriksaan
basikal sebelum memulakan kayuhan adalah sangat penting dan telah saya
bincangkan dalam aktikal yang lalu, jadi apa yang hendak saya ceritakan di sini
ialah persediaan peralatan bantuan. Alat-alat ini perlu anda bawa ketika
menyertai jamboree seperti:
1. Tiub.
2. Pum/C02
3. Pembuka
tayar.
4.
Penyambung rantai.
Tayar pancit
adalah satu perkara yang paling kerap berlaku. Samada kita menggunakan tiub
baru atau lama kebarangkalian kita untuk pancit tetap ada. Apa lagi kalau kita
melalui kawasan lading kelapa sawit dimana duri sawit boleh menyebabkan tayar
kita pancit. Oleh itu membawa tiub, pum dan pembuka tayar merupakan satu
kemestian. Jangan berharap kepada nasib kerana anda yang akan menanggungnya.
Selain
pancit perkara yang kerap berlaku ialah putus rantai. Kebanyakan basikal
sekarang rantai mempunyai penyambung dan penyambung ini lah yang kerap putus
tetapi bahagian lain juga boleh putus. Jagi bawalah penyambung kerana benda
kecil ini sangat penting.
Satu lagi peralatan yang boleh dikatakan penting ialah pemotong rantai. Seandainya rantai putus dibahagian penyambung kita boleh tukar penyambung tetapi kiranya putus di bahagian lain maka pemotong rantai sangat perlu. Ada pernah saya terjumpa 'hanger derailleur' yang patah dan kita jarang menbawa spare hanger ketika mengayuh, oleh yang demikian penggunaan pemotong rantai sangat perlu untuk memotong rantai dan sambung rantai tanpa menggunakan derailleur. Jadi kita masih boleh mengayuh walaupun tidak boleh menukar gear. Ini lebih baik dari kita terpaksa menolak basikal berkilometer jauhnya.
tools compak lengkap dengan pemotong rantai.
Mungkin ada
lagi peralatan yang boleh di bawa tetapi inilah perkara asas yang sangat
penting untuk di bawa. Seandainya anda mempunyai ruang bawalah sebagai
persediaan.
Itu adalah
peralatan yang perlu di bawa, bagi bahan pula yang perlu di bawa ialah:
1. Cramp Spray
2. Plaster
luka
3.
Garam penghidratan
Cramp begitu
sinonim dengan MTB, ini adalah kerana aktiviti kayuhan lasak yang kita lalui
akan menyebabkan otot kita cramp yang disebabkan kurangnya latihan atau
kekurangan garam dalam badan. Jadi persediaan cramp spray sangat membantu.
Cramp ini biasanya akan berulang dan pengambil
Garam penghidratan sangat baik untuk
mengantikan kandungan garam badan yang hilang semasa aktiviti mengayuh.
Malang tak
berbau dan biasanya kita tak arif dengan trek laluan kayuhan yang baru jadi
kemalangan tidak mustahil akan berlaku jadi bawalah plaster luka sebagai
persediaan. Walau pun bukan kita yang menggunakannya mungkin kita boleh
membantu orang lain yang mengalami kecederaan.
Semua
peralatan dan bahan yang saya senaraikan di sini bukanlah besar. Yang boleh
dikatakan besar hanyalah tiub saja jadi tak ada masalah untuk membawanya semasa
menjalankan aktiviti kayuhan.
Jadi untuk
kayuhan akan datang pastikan kita lengkapkan persediaan peralatan dan bahan
demi kemudahan kita.....jom kita berjemboree dengan senang
hati....lalalalala........
Baik utk saya yg baru nak mula
BalasPadam