Jumaat, 14 Jun 2013

Cerita Ukuran Rantai.

Kita selalu melakukan pelarasan pada basikal kita untuk mendapatkan pelarasan terbaik supaya kita lebih selesa apabila mengayuh basikal kita. Pelarasan yang baik akan menyebabkan kayuhan yang lebih lancar sepanjang kayuhan. Pelarasan yang selalu dilakukan ialah pada brek dan juga derailleur depan atau belakang.

Walau bagaimana pelarasan yang dilakukan pada derailleur belakang kadang-kadang rantai kerap terjatuh atau tertanggal. Walaupun pemasangan semula adalah mudah tetapi kiranya perkara ini kerap terjadi akan menganggu kayuhan kita dan secara tidak langsung akan mengganggu kawan-kawan yang lain kerana terpaksa menunggu.



Sebenarnya kita mungkin terlupa mengukur kepanjangan rantai kita. maklumlah kalau kita menukur rantai yang baru kita biasanya tidak faham berapa panjang rantai yang diperlukan yang bersesuaian dengan group set kita. Apabila kita membeli rantai yang baru kita akan terus memasang pada basikal tanpa mengukur terlebih dahulu. 

Sekiranya rantai terlalu panjang ianya akan mudah terjatuh atau tertanggal dan kiranya terlalu pendek akan sukar untuk menukar gear dan sedikit bising. Oleh yang demikian apabila menukar rantai yang baru pastikan ianya bersesuaian dengan set yang anda gunakan dan ukur kepanjangan yang bersesuaian.

Bagi mendapatkan kepanjangan yang bersesuaian ialah dengan memasang rantai pada crank yang paling besar di crank set dan disambungkan dengan gegigi yang paling besar pada di cassette tanpa melalui derailleur belakang. Kemudian pastikan ada lebihan 3 sambungan rantai seperti gambarajah di bawah dan potong lebihannya.
Untuk makluman anda bahawa rantai ini lama kelamaan akan memanjang sedikit. Walau pun kita dapat melihat kepanjangan rantai ini dengan mata kasar tetapi kita boleh mengukurnya dengan alat khas yang biasanya terdapat dikedai-kedai yang besar. Sekiranya rantai kita talah memanjang sedikit kebarangkalian untuk rantai jatuh adalah besar dan sekiranya kita menukar cassette atau crank set yang baru tanpa menukar rantai akan menghasikal bunyi dan rasa yang kurang menyenangkan. 



Oleh itu ujilah rantai anda dahulu dan mengayuhlah dengan senang hati........lalalalala........jom kayuh.

Rabu, 22 Mei 2013

Cerita Persediaan Berjamboree



Saya yakin ramai diantara kita adalah pengayuh tegar dan pernah menyertai jamboree, fun ride atau apa jua aktiviti kayuhan yang kerap di adakan oleh kelab-kelab basikal dan juga NGO di seluruh Malaysia. Selain dari berseronok mengayuh basikal melalui laluan baru yang mencabar dan ada juga laluan mudah yang lebih santai. Bermacam-macam tujuan penunggang-penunggang basikal MTB menyertai jamboree atau aktiviti ini ada kerana hendak memenangi hadiah yang ditawarkan, ada sekadar hendak menguji kebolehan mengayuh, ada hanya untuk menunjuk-nunjuk basikal tapi yang pasit ramai yang hanya untuk suka-suka sahaja. Seronok kerana dapat melihat dan merasai laluan baru yang mencabar, seronok berjumpa kawan lama dan kawan baru dan seronok juga kalau dapat memenangi hadiah cabutan bertuah. Walau pun penat dan menyakitkan tapi rasa puas seandainya dapat menghabiskan laluan walaupun mendapat kedudukan yang jauh di belakang.

Tujuan asal pastinya untuk berseronok tapi malang tidak berbau. Setiap jamboree pasti ada saja yang tidak bernasib baik. Kita akan dapat melihat ramai yang akan mengalami perkara-perkara yang kurang menyeronokkan seperti tayar pancit, rantai putus, kemalangan, rim bengkok dan sebagainya. Setakad ini saya belum lagi pernah mengalami semua itu, mungkin saya bernasih baik. Anda juga begitu tapi tak mustahil satu masa nanti kita akan mengalami masalah-masalah tersebut semasa kita menyertai jamboree atau menjalankan aktiviti kayuhan. 


Oleh yang demikian kita atau siapa sahaja penunggang-penunggang basikal sepatutnya membuat persediaan sebelum menyertai jamboree atau apa juga aktiviti kayuhan. Kita mungkin memikirkan bahawa kita tidak akan mengalami masalah seperti orang lain tetapi sedarlah bahawa mereka-mereka yang mengalami masalah semasa aktiviti mengayuh juga berfikiran seperti kita. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada berguna....

Sebenarnya persediaan yang perlu ada adalah dari segi fizikal, mental, bahan dan juga peralatan. Saya tidak mahu bercerita berkaitan persediaan mental dan fizikal kerana ramai yang sudah tahu berkaitan persediaan mental dan fizikal kerana ramai diantara pengayuh tegar telah sedia maklum dengan persediaan mental dan fizikal sebelum aktiviti kayuhan.

Apa yang hendak saya ceritakan di sini ialah persediaan dari segi keperluan peralatan dan bahan.
Dari segi peralatan ...... pemeriksaan basikal sebelum memulakan kayuhan adalah sangat penting dan telah saya bincangkan dalam aktikal yang lalu, jadi apa yang hendak saya ceritakan di sini ialah persediaan peralatan bantuan. Alat-alat ini perlu anda bawa ketika menyertai jamboree seperti:

1. Tiub.

2. Pum/C02

3. Pembuka tayar.

4. Penyambung rantai.

Tayar pancit adalah satu perkara yang paling kerap berlaku. Samada kita menggunakan tiub baru atau lama kebarangkalian kita untuk pancit tetap ada. Apa lagi kalau kita melalui kawasan lading kelapa sawit dimana duri sawit boleh menyebabkan tayar kita pancit. Oleh itu membawa tiub, pum dan pembuka tayar merupakan satu kemestian. Jangan berharap kepada nasib kerana anda yang akan menanggungnya.

Selain pancit perkara yang kerap berlaku ialah putus rantai. Kebanyakan basikal sekarang rantai mempunyai penyambung dan penyambung ini lah yang kerap putus tetapi bahagian lain juga boleh putus. Jagi bawalah penyambung kerana benda kecil ini sangat penting.

Satu lagi peralatan yang boleh dikatakan penting ialah pemotong rantai. Seandainya rantai putus dibahagian penyambung kita boleh tukar penyambung tetapi kiranya putus di bahagian lain maka pemotong rantai sangat perlu. Ada pernah saya terjumpa 'hanger derailleur' yang patah dan kita jarang menbawa spare hanger ketika mengayuh, oleh yang demikian penggunaan pemotong rantai sangat perlu untuk memotong rantai dan sambung rantai tanpa menggunakan derailleur. Jadi kita masih boleh mengayuh walaupun tidak boleh menukar gear. Ini lebih baik dari kita terpaksa menolak basikal berkilometer jauhnya.

tools compak lengkap dengan pemotong rantai.


Mungkin ada lagi peralatan yang boleh di bawa tetapi inilah perkara asas yang sangat penting untuk di bawa. Seandainya anda mempunyai ruang bawalah sebagai persediaan.

Itu adalah peralatan yang perlu di bawa, bagi bahan pula yang perlu di bawa ialah:
1. Cramp Spray 

2. Plaster luka

3.Hydration salt/Garam penghidratan



Cramp begitu sinonim dengan MTB, ini adalah kerana aktiviti kayuhan lasak yang kita lalui akan menyebabkan otot kita cramp yang disebabkan kurangnya latihan atau kekurangan garam dalam badan. Jadi persediaan cramp spray sangat membantu. Cramp ini biasanya akan berulang dan pengambil Hydration salt/Garam penghidratan sangat baik untuk mengantikan kandungan garam badan yang hilang semasa aktiviti mengayuh.

Malang tak berbau dan biasanya kita tak arif dengan trek laluan kayuhan yang baru jadi kemalangan tidak mustahil akan berlaku jadi bawalah plaster luka sebagai persediaan. Walau pun bukan kita yang menggunakannya mungkin kita boleh membantu orang lain yang mengalami kecederaan.


Semua peralatan dan bahan yang saya senaraikan di sini bukanlah besar. Yang boleh dikatakan besar hanyalah tiub saja jadi tak ada masalah untuk membawanya semasa menjalankan aktiviti kayuhan.

Jadi untuk kayuhan akan datang pastikan kita lengkapkan persediaan peralatan dan bahan demi kemudahan kita.....jom kita berjemboree dengan senang hati....lalalalala........

Rabu, 13 Mac 2013

Cerita Penggunaan Gear Yang betul


Mungkin anda sering mendengar soalan berikut, “Gear mana yang saya perlu gunakan, adakah gear kecil atau besar?”. Jawapannya adalah bergantung kepada diri anda dan keadaan. Semua orang mempunyai kekuatan kaki yang berbeza, tahap kecergasan berbeza dan kemahiran yang juga berbeza. Sebahagian kita sering menggunakan gear ringan dan sebahaian lain sebaliknya.

Handle di tangan anda, shifter juga di jari anda, anda yang menunggang jadi deria rasa anda lah yang akan menjadi penentu gear apa yang hendak anda gunakan. Keupayan setiap manusia berbeza jadi ubahlah kombinasi gear tersebut mengikut kemampuan dan keperluan anda.


Pelbagai sifter yang digunakan. Shifter digunakan untuk menukar kombinasi gear. Trigger Shifter merupakan pilihan terbaik kerana lebih mudah dan lebih tepat berbanding jenis lever dan grip shifter.


Akan ada bunyi-bunyi dari kawan-kawan dan penunggang-penunggang basikal samada yang pro atau tidak yang akan memberitahu gear apa yang hendak digunakan tetapi yang akan merasainya ialah anda, seandainya anda tidak lagi mampu mengayuh mendaki bukit tapi dinasihatkan supaya menggunakan gear yang berat adakah anda perlu mengikut nasihat tersebut. Jangan malu menggunakan gear ringan untuk mendaki kerana gear tersebut di reka untuk digunakan dan sedarlah bahawa memang kita tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan seperti orang lain. Jadi ada baiknya kalau kita dapat melakukan ekperimen dan menilai keupayaan diri untuk mendapatkan kombinasi gambungan gear yang bersesuaian dengan diri kita dan keadaan trek ketika mengayuh.

Penggunaan gear yang sempurna
Dengan menggunakan MTB dengan 9 kelajuan, anda akan mendapat sebanyak 27 kombinasi gear. Yang mana satu perlu anda gunakan? Secara asasnya pengunaan gear belakang adalah perlu untuk menyesuaikan dengan pertukaran keadaan trail atau tahap dakian. Manakala gear depan adalah untuk kegunaan sekiranya terdapat perubahan mendadak kepada keadaan trail. Gunakan gear hadapan (chainring) seperti berikut:
  1. Ring besar (big ring): Downhill atau kayuhan laju di permukaan rata.
  2. Ring tengah (middle ring): Pendakian sederhana atau kayuhan perlahan di permukaan rata.
  3. Ring kecil (granny ring): Pendakian panjang atau pun curam.

Kombinasi gear yang tidak betul.
Secara amnya anda boleh menggunakan keseluruhan gear yang ada tetapi kombinasi yang tidak betul ini boleh mendatangkan masalah kerana sekiranya anda menggunakan kombinasi ring kecil di hadapan dan gear yang paling kecil di cassette akan menyebabkan rantai menjadi longgar dan derailleur akan terlipat jadi peluang untuk rantai tertanggal adalah besar apabila melalui jalan tidak rata. 

Sekiranya kita menggunakan kombinasi ring besar di hadapan dengan gear yang paling besar di cassette pula akan menyebabkan rantai menjadi begitu tegang dan derailleur juga akan menegang.

Kombinasi yang tidak tepat.


Apabila kedua-dua kombinasi ini berlaku rantai akan berada dalam keadaan tidak selari, ianya seolah-olah menjadi bengkok dan jika digunakan dalam tempoh yang lama akan merosakkan rantai tersebut.

Oleh yang demikian penunggang mesti pandai menggunakan kombinasi yang betul untuk mendapatkan daya kayuhan yang bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan trek. Kombinasi yang betul adalah seperti gambarajah di bawah. 

Ratio penggunaan gear yang betul pada cassette dan pada crank set.





Masa dan teknik penukaran gear.

Tukar gear dengan lembut dan tidak tergesa-gesa. Jika anda melihat terdapat dakian di hadapan, tukar gear anda di awal pendakian. Penukaran gear semasa mendaki boleh mengakibatkan tekanan berlebihan pada rantai dan boleh mengakibatkannya terputus. Sekiranya penukaran gear diperlukan semasa mendaki cuba ringankan tekanan crank kemudian barulah tukar gear tersebut. Penukaran gear semasa mendaki akan menyebabkan kesukaran untuk menukar gear dan boleh menyebabkan kerosakan rantai dan gear

Kalau dah handal tukar gear..........jommmm kayuh......



Selasa, 12 Mac 2013

Cerita Keperluan Straching Dan Warm-Up.

Bila cakap pasal straching atau warm-up sebelum menunggang basikal akan ramai yang akan kata.....alahhh buang masa aja...atau akan berkata lecehlah......atau aaa........ malaslah

Itulah perkataan yang biasa kita dengar, samada kita sedar atau tidak sebenarnya straching atau warm-up adalah sangat penting sebelum kita melakukan kayuhan.


Sebenarnya sebelum kita memulakan kayuhan kita perlu melakukan straching dan diikuti pula dengan warm-up dan barulah kita boleh mengayuh. Anda mungkin akan mengalami kecederaan atau implikasi kesihatan sekiranya terus melakukan aktiviti fizikal dengan keras tanpa melakukan straching dan warm-up.

Kecederaan ketika menunggang.

Kenapa kita perlu straching?

Straching atau regangan adalah satu aktiviti untuk mengerakkan otot serta sendi-sendi tubuh sebelum kita melakukan aktiviti yang lebih pantas dan berat. Straching yang kita lakukan akan membuatkan bahagian-bahagian otot bekerja dahulu dan bahagian sendi akan bersedia untuk bekerja. Pergerakan serta merta kepada otot dan sendi akan menjadikan seolah-olah terperanjat dan mungkin menyebabkan kecerderaan. Untuk makluman anda otot-otot kita ini umpama getah belon, seandainya kita terus meniup belon tanpa menarik-narik belon tersebut dahulu kebarangkalian untuk belon itu pecah adalah tinggi. Adalah lebih selamat kita menarik sedikit belon tersebut atau kita meniup sedikit dan kemudian kita menekan-nekan belon tersebut sebelum kita meniup sehingga belon itu menjadi besar. Begitu juga dengan otot kita, sebelum kita menggunakan otot kita dengan keras adalah penting untuk kita mengerakkannya atau meregangkannya dahulu. Kita tidak mahu otot kita menjadi seperti belon yang akan pecah bila kita melakukan aktivit yang keras dan cepat.

Lakukan straching pada semua otot dan sendi.

Kenapa pula kita perlu lakukan warm-up?

Setelah kita melakukan straching kita perlu ikuti pula dengan warm-up. Ini adalah kerana kita tidak mahu berlaku degupan jantung melaju secara serta merta. Apa bila kita melakukan straching degupan jantung kita masih berada dalam keadaan normal dan jika diikut dengan warm-up kelajuan jantung akan meningkat secara perlahan-lahan. Cuba bayangkan jika jantung yang berdegup secara perlahan tiba-tiba berdegup dengan laju. Kalau injin kereta kita buat macam itu pun akan merosakkannya....apalagi kepada jantung kita yang tidak pernah berhenti berdegup dari mula kita di perut ibu sehinggalah sekarang. Oleh itu adalah penting bagi kita untuk meningkatkan degupan jantung secara perlahan-lahan sehingga degupan jantung kita mencapai tahap yang efektif. 

 Melakukan warm-up sebelum memulakan tertandingan.

Warm-up juga dapat meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Kalau pun kita malas untuk melakukan warm-up kita mulakan kayuhan dengan perlahan terlebih dahulu dan diikuti dengan laju secara berperingkat-peringkat atau secara perlahan-lahan. Jangan biarkan jantung anda berdegup laju dengan tiba-tiba.

Degupan jantung manusia dalam keadaan biasa adalah diantara 60 hingga 90 degupan seminit. Cuba anda bayangkan ketika jantung anda berdegup 70 degupan seminit tetiba ia terus melaju dengan berdegup selaju 160 degupan seminit tentu akan memberi kesan yang tidak baik.

Graf di atas adalah menunjukkan tahap degupan jantung apabila kita menjalankan aktiviti, jadi pastikan jantung anda akan berdegup mengikut zone  secara berperingkat. 

Jadi kalau kita dah tahu baik kita amalkan kerana kita bersenam untuk mendapat kesihatan yang baik bukan untuk memburukkan lagi kesihatan kita............apa lagi jum kayuh perlahan-lahan dulu..........

Isnin, 4 Mac 2013

Cerita Menyelenggara/Menyara MTB

Semasa menjalankan tugas berkaitan Kursus Menunggang Basikal untuk pasukan keselamatan salah satu perkara yang kerap ditanyakan oleh peserta kursus ialah berkaitan bagaimana cara terbaik untuk membuat penyaraan atau menyelenggaraan basikal supaya berada dalam keadaan baik dan dapat memanjangkan hayat basikal tersebut.

Memang dalam silibus kursus tersebut ada satu subjek yang berkaitan dengan penyenggaraan dan menyaraan basikal tetapi kerana masa yang terhad maka penerangan berkaitan perkara tersebut hanya berlegar berkaitan perkara asas sahaja. Pada pendapat saya subjek menyara dan penyenggaran ini merupakan perkara yang penting kerana dengan melakukan menyenggaran dan penyaraan kita akan dapat:-

i. Memastikan basikal kita berada dalam prestasi yang baik pada bila-bila masa sahaja dan bersedia untuk di kayuh.
ii. Dapat mengelakkan kerosakan komponen pada basikal.
iii. Dapat mengelakkan dari mengeluarkan pembelanjaan untuk kerja pembaikan dan menukar komponen yang mahal harganya.
iv. Dapat mengelakkan kerosakan yang mungkin berlaku ketika sedang melakukan aktiviti mengayuh.

Kita semua tahu bahawa komponen yang terdapat pada sebuah basikal adalah mahal dan mungkin memerlukan perbelanjaan ratusan ringgit dan kekadang mencapai ribuan ringgit untuk di beli. Oleh yang demikian penyenggaran atau penyaraan basikal adalah amat perlu untuk memastikan kita tak perlu lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menganti komponen tersebut.

Penyenggaraan dan penyaraan yang betul dan konsistan perlu dilakukan dari masa ke semasa. Apa lagi sekiranya basikal kita kerap melakukan kayuhan atau tugasan yang extreme. Maka pemeriksaan amatlah perlu kerana melibatkan keselamatan penunggang dan basikal itu sendiri.

Bagi mereka yang berkeupayaan dari segi kewangan semuanya menjadi mudah kerana mereka ini hanya perlu menghantar basikal ke kedai untuk di selenggara tetapi bagi saya melakukannya sendiri lebih memberi kepuasan dan  menjimatkan perbelanjaan. Jadi terpulanglah kepada anda sendiri....

Apa yang paling penting sebelum kita mengetahui atau mempelajari berkaitan penyenggaraan atau penyaraan ialah kenali basikal anda terlebih dahulu. Cuba buat kajian, pemeriksaan dan bertanya kepada yang tahu berkaitan dengan basikal anda terlebih dahulu. Kalau boleh cuba buka, perhatikan dan pasang kembali. Setelah anda mengetahui secara mendalam berkaitan basikal anda baru anda boleh melakukan menyenggaraan dan penyaraan basikal tersebut.

Kenapa anda perlu mengenali basikal anda terlebih dahulu? 

Ini adalah kerana basikal ada berbagai komponen yang berbeza, contohnya apa kah jenis bearing yang digunakan oleh basikal anda terutama di bahagian headset atau bahagian bottom bracket dan bahagian-bahagian lain. Ada basikal yang menggunakan bearing secara terbuka dan ada yang menggunakan bearing yang tertutup atau seal bearing atau yang biasa di sebut oleh pekedai sebagai su-bering(saya cuba mencari maklumat berkaitan istilah subearing tapi masih belum jumpa, sesiapa ada maklumat berkaitan istilah ini sila maklumkan...tq).

Setelah kita mengenal basikal barulah kita boleh melakukan penyenggaran dan penyaraan terhadap basikal tetapi ada lagi yang perlu ada dalam kerja penyenggaraan ini iaitu......

1. Carta penyenggaran - carta ini akan memberitahu kita apa yang perlu di lakukan mengikut masa, jarak perjalanan dan komponen mana yang perlu di  periksa. Kerja yang dilakukan samada meminyakkan, memeriksa, merombak atau mengganti bahagian tersebut.

CARTA PENYENGGARAAN BASIKAL

Bil
Apabila Hendak Mengayuh    (Pemeriksaan Keselamatan)
Pemeriksaan Bulanan
(perbatuan 800 km @ 500 batu)
Pemeriksaan setiap 6 bulan
(4000 km @ 2500 batu)
Pemeriksaan Tahunan
(perbatuan 10000km@6000batu)
1.

-Pemeriksaan tayar dan tekanan angin.
-Dapatkan tekanan yang bersesuaian mengikut berat penunggang dan aktiviti yang dilakukan.

-Bersihkan basikal keseluruhan.
-Buat pemeriksaan pada badan dan komponen basikal sekiranya ada keretakan dan kerosakan yang boleh dilihat.

-Bersihkan dan wax untuk melindungi permukaan basikal.

-Periksa frame dan fork sekiranya ada keretakan dan kerosakan yg boleh di lihat.
-Periksa semua bearing seperti hub, bottom bracket. Headset dan pedal.

-Rombak, cuci, minyakkan dan laras semula.

2.
-Periksa bunga tayar samada mencukupi.
-Periksa sekiranya ada serpihan yang tertanam di tayar

-Bersihkan rantai dan cassett.
-Minyakkan kembali selepas dicuci.


-Periksa kondisi tayar dan tukar jika perlu.
-Periksa sekali tube simpanan dan pastikan dalam keadaan baik.


- Periksa semua kabel dan perumahnya samada terdapat kekaratan dan kakisan dan tukarkan jika perlu.

3.
-Periksa semua roda dan ketatkan untuk memastikan ianya dalam keadaan selamat.

-Periksa semua lelidi(spoke) dan pastikan tiada yang longgar.
-Ketatkan jika ada lelidi yang longgar.

- Periksa hub, bottom bracket dan head set.
- Laraskan dan rombak jika perlu.
- Gantikan brake pad atau getah brake dan tape pada handlebar jika perlu.
-Periksa bendalir brek dan tukar sekiranya telah berubah warna.

4.

-Pusingkan roda dan pastikan tiada gangguan.
-Laraskan semula jika perlu.

-Dengan menggunakan perengkuh periksa setiap bahagian yang mempunyai thread seperti crankarms, pedals, chainring bolts, seat bolt, seatpost bolt, stem bolts, handlebar bolts
-Periksa juga semua aksesori yang menggunakan bolt, nut atau skru.

-Periksa semua kabel dan perumahnya bagi brek kiranya terdapat kekaratan dan kakisan, tukar jika perlu.
-Bersihkan dan periksa roda dengan teliti bagi tanda-tanda kehausan pada dinding sisi atau keretakan pada putting lelidi.
5.

-Memeriksa brek boleh bekerja dengan baik dan tiada bunyi geselan antara logam dengan logam.
-Memeriksa getah brek masih mencukupi dan tidak bergesel antara logam dengan logam bagi pengguna ‘V’ brek.

- Minyakkan brek, derailleur, clipless-pedal dan bahagian-bahagian yang bersambung dan bergerak.
- Periksa brake pad dan tukarkan jika perlu.
-Gantikan pita grips pada handle bar.
-Periksa hubs, bottom bracket, headset dan laraskan atau rombak sekira diperlukan.
6.

-Tekan dan lepaskan pada suspension depan dan belakang untuk memeriksa samada ianya bekerja dengan baik.


-Minyakkan semua kabel dan periksa semua kabel samada berkarat ataupun terbengkok(terpatah) atau terkepit dan tukar jika perlu.

- Periksa rantai, cassett dan chainring dan sekiranya terdapat keretakan dan kehausan, tukarkan jika perlu.
-Rombak pedals dan periksa bearing, cuci kemudian minyakkan semula. Jika mana-mana ball bearing telah berkarat gantikan dengan yang baru.
7.

-Periksa rantai dan minyakkan sekiranya nampak terlalu kering.


- Periksa clipless pedal dan mana-mana bahagian yang lekat dimana ianya perlu di buka skrew atau boltnya dicuci, minyakkan dan di ikat semula.


-Bersihkan drivetrain (rantai, chainrings, kaset, depan dan derailleurs belakang) dengan pelarut kain dan mesra alam

-Selenggarakan suspension system dan minyakkan jika perlu mengikut manual bagi komponen tersebut.

8.

- Memastikan anda mempunyai tube spare, tools, pum, dan lain-lain peralatan yg perlu.
-Pastikan persediaan dan keperluan sebelum mengayuh telah tersedia seperti air minuman, makanan(jika perlu), peralatan komunikasi, lampu dengan bateri secukupnya jika kayuhan malam  dan pakaian lengkap sebelum mengayuh.


- Lakukan penyaraan dan meminyakkan kepada component suspension mengikut manual.
- Periksa tekanan angin suspension bagi yang menggunakan jenis angin dan pum jika perlu.
-Minyakkan dan laras serta periksa tekanan angin suspension mengikut manual.
-Minyakkan frame dan juga pum anda.

2. Peralatan - peralatan adalah sangat penting dalam kerja penyenggaraan dan penyaraan. Tanpa peralatan yang betul adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan kerja kerana basikal memerlukan peralatan khas untuk membuka dan memasang. Sekiranya anda menggunakan peralatan yang salah ini akan merosakkan basikal anda.


3. Bahan - apabila kerja menyenggaran dilakukan kita memerlukan bahan seperti minyak, grese, peluntur, pencuci, pengilat dan sebagainya. Apa yang penting kita mestilah tahu kegunaan bahan tersebut dan di mana hendak digunakan. Sekiranya kita salah akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Contohnya ialah brek pad - jangan sekali kali biarkan brek pad terkena dengan minyak kerana brek pad yang terkena minyak tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu berhati-hati apabila membuka, mencuci dan memasangnya. jgn cuci menggunakan minyak tapi gunalah bahan lain yg lebih sesuai.


Sekiranya basikal kita menggunakan bearing yang terdedah maka penyenggaraan lebih diperlukan berbanding dengan yang menggunakan bearing yang tertutup(sealbearing). Ini kerana bearing yang terdedah  akan lebih mudah berkarat kerana usur luar seperti air, lumpur dan sebagainya boleh sampai ke bearing tersebut. Sekiranya kita mencuci bahagian tersebut dengan menggunakan bahan seperti petrol, desel atau lain-lain bahan pencuci boleh menyebabkan grease yang terdapat pada bearing tersebut akan hilang dan menyebabkan ketiadannya bahan pelincir.


Satu lagi komponen yang begitu mudah tercemar dan kotor ialah bahagian rantai. Rantai basikal terlalu mudah menjadi kotor kerana bahagian ini perlu sentiasa berminyak supaya kayuhan menjadi lancar. Bahagian ini juga amat terdedah dengan unsur atau anasir luar seperti pasir, lumpur, air, minyak, debu dan sebagainya. Penggunaan minyak grease pada bahagian ini adalah tidak digalakkan kerana minyak grease begitu mudah memerangkap pasir dan lumpur. Ini menyebabkan rantai akan menjadi begitu kotor dan banyak bendasing yang akan melekat pada bahagian ini. Jadi gunakan minyak yang di khaskan untuk rantai atau menggunakan alternetif lain seperti menggunakan minyak mesin jahit atau WD40. Walau bagaimana pun minyak mesin jahit dan WD40 adalah minyak yang mudah meruwap jadi perlu di letak semula dalam tempoh 5 hari atau seminggu. Jika tidak rantai akan menjadi kering dan berkarat.

Saya mempunyai satu tip untuk mendapatkan rantai yang cantik, bersih dan selamat. Begini caranya:-

i. Tanggalkan rantai dan cuci menggunakan minyak petrol atau minyak disel untuk menghilangkan minyak dan kotoran yang melekat.
ii. Selepas itu basuh dengan menggunakan sabun basuh pakaian untuk membuang sisa minyak yang melekat.
iii. Kita akan dapat set rantai yang bersih tetapi tidak cantik kerana ada kesan kehitam-hitaman pada rantai tersebut. Untuk mendapatkan rantai yang cantik seperti baru rendam rantai dengan menggunakan asid pembersih tile atau mozet. Rendam lebih kurang 5 minit dan anda akan dapat satu set rantai yang cantik dan bersih seperti baru. Selepas itu basuh dengan air dan minyakkan kembali. 

Anda akan dapat satu set rantai yang seperti baru dan sekiranya ada keretakan pada rantai tersebut kita akan dapat melihat dengan jelas. Tukarkan rantai yang retak untuk keselamatan.

Sekiranya kita tidak mencuci dengan bersih kita tidak akan dapat mengesan keretakan pada rantai tersebut dan rantai ini boleh putus pada bila-bila masa sahaja. Bayangkan kalau putus di dalam hutan atau ketika kita sedang berjamboree. Banyak lagi tempat-tempat lain yang kita boleh kesan kerosakan apabila kita mencuci dengan bersih.

Sebenarnya adalah menjadi satu kepuasan kiranya kita dapat melakukan pembersihan dan pembaikan sendiri kerana menyara dan membaiki basikal bukanlah satu kerja yang sukar sangat cuma memerlukan peralatan yang betul dan sedikit pengetahuan serta kerajinan.

Jadi marilah lakukan sendiri dan kita kayuh dengan hati yang senang.......Jommmm kayuh.......