Mengikut kajian lebih 25% dari penduduk Malaysia
mengalami masalah obesiti. Obesiti ini adalah penyebab utama penyakit bukan
jangkitan yang merupakan punca kematian yang paling tinggi. Semua ini adalah
disebabkan oleh pemakanan. Sesungguhnya tiada manusia yang tidak makan tetapi
boleh gemuk kerana ada orang berkata saya tak makan banyak tapi boleh gemuk.
Satu penafian yang tidak boleh diterima akal.
Untuk menjadi seorang yang obes bukan mengambil
masa yang singkat, ianya memakan masa bertahun-tahun untuk pembentukan lemak di
dalam badan. Ianya terjadi tak lain tak bukan adalah kerana pemakanan yang
tidak seimbang di samping tiadanya aktiviti yang dapat membakar kalori yang
telah di ambil.
Setelah dibebankan dengan penyakit yang di sebabkan
oleh pemakanan seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, masalah
jantung dan sebagainya barulah kita kalang kabut untuk mencari cara untuk
menurunkan berat badan. Disamping itu juga penampilan akan tidak begitu menarik
sekiranya berat badan kita berlebihan. Sebenarnya untuk mengurangkan berat
badan bukan satu kerja yang mudah, Lemak yang bertahun-tahun terkumpul dalam
badan hendak dihilangkan dalam masa singkat. Mana mungkinnnnnn......
Terlalu banyak tip-tip yang diberikan dimana
dikatakan boleh mengurangkan berat dengan mudah tanpa bersenam. Semuanya bohong
belaka, kalau boleh pun mengurangkan berat badan mungkin akan mendatangkan
masalah kesihatan yang lain pula. Segala lemak yang telah kita kumpul selama
berpuluh-puluh tahun di dalam badan kita jangan kita fikir kita dapat
membuangnya dalam masa yang singkat. Kesukaran untuk membuang lemak di badan
inilah yang menyebabkan ramai yang berputus asa atau bosan dalam usaha
menurunkan berat badan.
Ada tip yang mengatakan dengan menjaga pemakanan
kita dapat menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam 2 bulan. Bolehkan anda
terima kenyataan ini. Adakah dengan mengambil ubat-ubatan dapat membentuk tubuk
yang cantik. Kalau pun kita dapat menguruskan badan dengan cara ini pemakanan
atau ubatan, badan kita akan menjadi lembek, muka akan cengkung dan tampak
tidak sihat.
Oleh yang demikian sebenarnya tiada cara lain
selain dari menjaga pemakanan dan di sertai dengan senaman. Hanya dengan cara
ini sahaja anda dapat menurunkan berat badan di samping mendapat bentuk badan
yang menarik serta sihat. Tiada jalan mudah, pengorbanan perlu dilakukan, usaha
perlu di jalankan....tetapi bagaimana?
Perkara asas yang perlu anda fikirkan
ialah.....KELUAR DARI ZON SELESA. Selagi anda masih berada dalam zon selesa
dalam penghidupan anda maka anda tidak akan berjaya.
Apa yang dikatakan dengan zon selesa? Zon selesa
ialah apa yang anda lakukan dan apa yang anda tidak lakukan sehingga anda
menjadi obes.
Sekiranya anda selesa dengan mengambil makanan berkalori
tinggi setiap hari makan anda terpaksa tinggalkan. Jika anda selesa makan
dengan banyak setiap kali anda makan maka anda terpaksa kurangkan. Jika anda
selesa dengan mengambil makan malam selepas pukul lapan malam anda terpaksa
hentikan. Jika anda selesa dengan bermalas-malas dan tidak mahu bersenam maka
anda terpaksa lakukan senaman setiap hari. Jika anda rasa selesa dengan
berjalan kaki sahaja ketika bersenam maka anda terpaksa berlari. Jika anda
selesa dengan mengayuh basikal santai tanpa merasa penat maka anda terpaksa
mendaki bukit atau mengayuh pantas.
Ini bermakna jika anda tidak dapat meninggalkan zon
selesa anda maka lupakan lah cita-cita anda untuk menurunkan berat badan.
Satu lagi rungutan yang kita dengan ialah.....”saya
sudah bersenam tapi berat masih tidak mahu turun”.
Ini adalah kerana senaman yang anda lakukan masih
berada dalam zon selesa, ianya mungkin dapat membakar kalori tetapi kalori yang
di bakar hanya kalori yang baru anda ambil untuk hari tersebut.
Contoh:
Anda mengambil makanan nasi goreng(637 cal) + telor
goreng(110 cal) + minuman ringan(151 cal) = jumlah 898 kalori.
Sekiranya anda berlari di threadmill selama sejam
anda hanya dapat membakar kalori sebanyak 750 kalori sahaja. Cuba anda buat
perbandingan apa yang anda makan dengan kadar kalori yang anda bakar dalam
aktiviti anda seharian.
Ini yang saya maksudkan keluar dari zon selesa.
Sebenarnya untuk membakar lemak yang terdapat dalam badan anda dengan lebih efektif
ialah dengan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan jantung anda bergerak
dengan kencang. Sekiranya jantung anda berada dalam keadaan selesa maka kadar
pembakaran kalori tidak begitu efektif.
Kadar pengiraan degupan jantung yang efektif adalah
seperti berikut:
200 – umur = degupan jantung/minit
Bermakna jika anda berumur 35 tahun
200 – 35 = 165 degupan/minit
Oleh yang demikian anda hendaklah bersenam sehingga
degupan jantung anda berdegup selaju 165 degupan seminit atau lebih barulah
dapat membakar lemak di dalam badan anda.
Apakah senaman yang dapat mempercepatkan degupan
jantung?
Senaman seperti berenang, berlari, bermain
badminton, aerobic, menunggang basikal dengan laju atau mendaki bukit adalah
antara senaman yang dapat mempercepatkan degupan jantung.
Kadar degupan jantung ini boleh diukur dengan
menggunakan alat mengukur degupan atau anda rasakan sendiri degupan jantung dan
anda anggarkan.
Jam tangan yang boleh membaca kadar degupan jantung.
Kerana itulah kiranya anda bersenam santai dan
berada dalam zon selesa peluang untuk menurunkan berat amat tipis.
Jadi pengorbanan terpaksa anda lakukan. Anda
terpaksa korbankan selera anda, korbankan masa anda dan korban kan wang ringgit
anda. Tak guna kalau kita ada wang tapi tak boleh guna, kita ada masa tapi kita
tak boleh kemana-mana atau kita ada selera tapi tak boleh makan.
Gunakan lah sedikit dari wang anda untuk membeli basikal,
gunakanlah sedikit dari masa anda untuk mengayuh dan gunakanlah sedikit
semangat untuk memaksa diri anda membakar lemak yang tersimpan dalam badan.
Kesimpulannya.............jom kayuhhhhh sampai
penat.................................