Rabu, 25 Julai 2012

Cerita Basikal Gunung/Mountain Bike(MTB)


Kita semua tahu bahawa berbasikal merupakan satu cara bersenam dan berekreasi yang baik seperti yang diterangkan dalam artikel Kebaikan Berbasikal. Terdapat banyak jenis basikal dengan pelbagai bentuk, saiz, harga dan kegunaan di pasaran seperti basikal lumba, BMX, fixie, track, mountain bike dan sebagainya.
 
        Basikal gunung atau mountain bike ini begitu popular sekarang kerana berbasikal satu aktiviti yang sungguh menyeronokkan. Tetapi, ingat memilih basikal untuk aktiviti ini mestilah betul kerana ianya melibatkan jumlah wang yang agak tinggi juga. Sebuah basikal gunung berharga antara RM500 sehingga puluhan ribu ringgit, ini bergantung kepada kemampuan dan kegunaanya. Pemilihan basikal adalah mengikut jantina, umur, keupayaan, ketinggian atau struktur badan dan keadaan tempat yang hendak dilalui.
 
 
Di sini  ada beberapa tip untuk mereka yang ingin bersenam dan mendapat pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti berbasikal.
1.     Ketahui gaya dan saiz basikal serta dimana anda hendak menunggang basikal tersebut. Setiap jenis basikal direka untuk keadaan jalan yang berbeza.
2.     Fahami berapa banyak wang yang mampu anda peruntukkan kepada basikal. Berbelanja mengikut kemampuan dan beli yang perlu sahaja.
3.     Cuba dapatkan basikal yang sebaiknya untuk aktiviti anda bagi mengelakkan penyesalan dan terpaksa mengeluarkan peruntukan kewangan untuk basikal baru.
4.     Ketahui komponen dan aksesori terbaik yang diperlukan untuk aktiviti berbasikal.
5.     Cuba membuat rujukan harga basikal/aksesori di kedai atau internet juga dari kawan-kawan.
6.     Dapatkan peralatan bermutu dan baik mengikut aktiviti yang anda jalankan.Kerosakan ketika aktiviti di kawasan pendalaman akan membawa masalah.
7.     Cuba dapatkan peniaga atau penjual basikal/aksesori yang boleh dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pendapat.
8.     Jalankan aktiviti secara berperingkat-peringkat bermula dari jarak yang dekat kepada yang jauh, daripada bukit yang rendah kepada yang lebih tinggi dan mencabar. Sedar  akan kemampuan sendiri.
9.     Adalah lebih baik berbasikal secara berkumpulan daripada seorang diri kerana jika berlaku apa-apa masalah ada yang boleh membantu.
Oleh itu kiranya anda sudah tahu betapa perlunya  bersenam dan betapa seronoknya berbasikal, apa lagi.........................jom ngayuh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan