Pada 14 Julai yang lalu saya bersama ahli Maktab
Teknik PDRM Cycling Club(MTPCC) telah menyertai jamboree Red Beret Challenge
yang dianjurkan oleh PSP Negeri Sembilan. Ini adalah penyertaan jamboree pertama
bersama MTPCC yang baru ditubuhkan. Jamboree ini disertai oleh 9 ahli MTPCC
bagi kategori terbuka dan veteran. Tapi yang menjadi muskilnya ialah bagi kategori
veteran adalah berumur 40 tahun keatas sedangkan biasanya veteran adalah 45
tahun dan keatas. Tapi tak apalah sebab suka hati penganjurlah nak tetapkan
peraturan.....hehehehe.
Pasukan MTPCC di wakili oleh 5 veteran dan 4
terbuka, Keputusan begitu memberangsangkan walaupun tiada yang berjaya membawa
pulang hadiah. Terbaik ialah tempat ke 25 bagi terbuka dan nombor 14 bagi
veteran.....not bad kan.
Peserta yang awalnya dijangka seramai 250 orang
telah bertambah kepada 355 orang telah dilepaskan tepat jam 8.00 pagi dan
melalui jalan on road sejauh lebih kurang 2 km. Apabila mula masuk ke off road
telah berlaku kesesakan kerana terpaksa menuruni curam sempit yang cukup
bahaya, ramai yang tergelincir dan terjatuh ketika cuba menuruni curam ini. Apa
lagi diburukan dengan keadaan jalan yang basah kerana hujan sehari sebelumnya.
Semua peserta berkumpul di curam ini dan mengambil masa sehingga 15 minit untuk
melepasinya.
Selepas berjaya melepasi cerun maka bermulalah
kayuhan off road yang dirasakan cukup mencabar. Peserta di hidangkan dengan pendakian
Bukit Putus yang seolah-olah tidak berakhir. Walau bagaimana laluan yang di
hidangkan cukup menarik. Disebabkan ini adalah satu perlumbaan maka kami tidak
dapat menghayati pemandangan hutan simpan yang begitu cantik. Saya mejangkakan
kalaulah ianya satu kayuhan santai tentu lebih seronok melalui denai, anak
sungai, halangan balak dan bukit bukau yang begitu menenangkan.
Jarak perjalan tidaklah begitu jauh hanya 38 km
sahaja tetapi disebabkan terlalu banyak pendakian keletihan begitu dirasai.
Apabila keluar dari pendakian off road kami melalui jalan raya bukit putus
dalam jarak lebih kurang 10 km sebelum sampai ke penamat. Walaupun di on road
pendakian diteruskan juga dan kami seolah-olah menanti dimanakah berakhirnya
pendakian. Akhirnya dalam jarak 5 km terakhir barulah penurunan berlaku. Ketika
menuruni bukit kami boleh mancapai kelajuan sehingga 60km/j tanpa mengayuh,
seronok betul......jika kami mengayuh boleh mencapai 80km/j. Pertama kali dalam
sejarah saya mencapai kelajuan tersebut ketika menunggang basikal.
Setelah mengayuh lebih kurang 2 jam lebih akhirnya
kami sampai juga ke garisan penamat. Alhamdulliah semua ahli MTPCC berjaya
menghabiskan laluan tanpa sebarang masalah. Diakhirnya lebih kurang selori
peserta terpaksa menaiki lori kerana tak berupaya meneruskan perjalanan yang
memeritkan ini. Walaupun memenatkan tapi kami seronok dengan keadaan track yang
begitu mencabar.
Selesai perlumbaan barulah kami di berikan medal
dan goodies. Selesai makan tengahari tibalah masa untuk cabutan bertuah,
malangnya tak seorang pun ahli MTPCC berjaya mendapat hadiah. Nak buat cam ner
tak ada reski, nama pun cabutan bertuah, mungkin lain kali lebih bertuah.
Sebenarnya ramai yang tak berpuas hati kerana
jumlah cabutan bertuah yang terlalu sedikit. Peserta hanya diberikan hadiah
penginapan tajaan hotel-hotel di sekitar Port Dickson di samping hadiah utama
berupa 2 buah basikal. Sepatutnya diperbanyakkan hadiah, walaupun harga hadiah
tidak mahal tapi sebagai satu dorongan kepada peserta.
Walau bagaimana pun tahniah kepada penganjur Red
Beret Challenge kerana berjaya menganjurkan jamboree ini tanpa sebarang masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan